Shopee Piala FA: Strategi PKNP FC Rantai Pergerakan Pemain Perak Berhasil

Ketua jurulatih skuad PKNP FC, Abu Bakar Fadzim memuji prestasi anak buahnya selepas berjaya mengikat pasukan ‘abang’, Perak 0-0 dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi.

Menurut Abu Bakar, beliau menarik nafas lega apabila taktikalnya membuahkan hasil sehingga memastikan Perak gagal membawa bekalan gol ke Ipoh untuk pertembungan suku akhir kedua pada 11 Mei nanti.

“Ia persembahan yang jauh berbeza berbanding ketika kami tumpas 0-4 dalam saingan liga, empat hari lalu. Pemain bermain dengan penuh disiplin dan berjaya melaksanakan perancangan dengan berkesan.

“Bukan senang untuk bangkit selepas tumpas dengan jaringan besar empat hari lalu.

“Kejayaan ini satu motivasi dan saya berharap kami boleh menjadikan saingan suku akhir kedua sengit dan menarik,” katanya dalam Stadium Astro.

FOTO: PKNP FC

Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan dilihat buntu dalam mencari gol kemenangan untuk memastikan tiket ke separuh akhir menjadi milik mereka.

Malah, Abu Bakar mengarahkan anak buahnya mengawal ketat penyerang utama Perak, Gilmar Jose Da Silva sehingga menyebabkan pemain Brazil itu sukar untuk bergerak bebas.

Bagaimanapun, Perak sebenarnya miliki dua peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun dikecewakan oleh palang gol. Ini merupakan pertembungan kali kedua buat kedua-dua pasukan dalam masa 3 hari namun dengan kesudahan yang berbeza.

“Sebenarnya kami mengamalkan corak mengawal ketat terhadap pemain tengah dan penyerang lawan. Saya gembira percaturan yang dibuat menjadi, ” ujar Abu Bakar.

Tindakan beliau meletakkan Thomas Abbey sebagai pemain tengah menyerang juga memberikan impak yang positif apabila kerap mencemaskan benteng pertahanan lawan.

Perlawanan itu turut beberapa kali terhenti akibat pergeseran  pemain daripada kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN