Previu Shopee Piala FA: ‘Selangor Baru’ Enggan Ulangi Kesilapan, PKNS FC Percayakan keajaiban

Jika PKNS FC berjaya melakukan kejutan, ini bermakna mereka akan menjadi pasukan kelab pertama yang melangkah ke perlawanan akhir sebanyak dua kali sepanjang sejarah pertandingan ini.

Sebelum ini, PKNS FC turut beraksi di pentas akhir pada musim 2016.

Selangor pula adalah pasukan yang paling banyak memiliki kejuaraan Piala FA. Kali terakhir bergelar juara ialah pada musim 2009, untuk gelaran ke-5 mereka sepanjang sejarah pertandingan.

Mampukah Selangor mara dalam misi menambah koleksi kejuaraan yang dimiliki?

PKNS FC 

Ketinggalan 4-0 secara agregat, ia kelihatan hampir mustahil bagi skuad kendalian Datuk K Rajagobal untuk mengimpikan langkah ke perlawanan akhir di pertandingan ini.

Namun demikian, Rajagobal mahu melihat perkara ini dari sudut positif. Malah beliau yakin kejutan tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya barisan pemain mengikuti segala perancagan dan arahan ketika beraksi pada baki 90 minit perlawanan.

Keyakinan pengendali PKNS FC mungkin ada asasnya. Selangor hampir tumbang di Stadium Bola Sepak Cheras, setelah Kuala Lumpur bangkit mengikat kelebihan agregat 3 gol milik Selangor di peringkat suku akhir saingan.

Sumber: PKNS FC

Selangor bernasib baik meneruskan kemaraan setelah menewaskan seteru Lembah Klang mereka itu melalui penentuan sepakan penalti.

“Apabila sudah ketinggalan empat gol, ia bukan kerja senang apatah lagi bila menentang pasukan yang baik seperti Selangor,”

“Usah risau apa keputusan akhir perlawanan itu dan paling penting adalah pemain kena ada mentality untuk menang pada aksi kedua kali ini.” jelas Rajagobal mengulas perlawanan malam ini.

Selangor FA

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bakal dilantik sebagai presiden baru FAS dalam pemilihan pada 3 Julai akan datang.

Dan pada malam ini, skuad The Red Giants boleh menghadiahkan Presiden baharu mereka dengan final pertama pada musim ini.

Berkelebihan 4 gol selepas menang di perlawanan pertama di tempat sendiri, jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir sedar Selangor belum lagi selesa selagi baki 90 minit perlawanan belum lagi dilalui.

Sumber: FA Selangor

Apa yang berlaku di peringkat suku akhir cukup memadai untuk dijadikan peringatan. Namun demikian, harus diakui pasukan kejurulatihan Selangor telah melakukan sedikit perubahan di bahagian pertahanan untuk membaiki keadaan.

Kerap kali rapuh dengan sistem 3 pertahanan, Nazliazmi mulai menggunakan sistem 4 pemain di bahagian pertahanan sejak mengambil alih jawatan Ketua Jurulatih Selangor.

Ia mulai menampakkan hasil, dengan 6 perlawanan tanpa kalah sejak kebelakangan ini oleh Selangor, termasuk 5 perlawanan terakhir di saingan unifi Liga Super.

Pemain tumpuan

Memerlukan gol awal untuk sebarang peluang melakukan kejutan, PKNS FC pasti mengharapkan jentera serangan yang diketuai oleh Rafael Ramazotti dan Faris Ramli mampu melakukan sesuatu.

Beberapa pemain utama yang memulakan perlawanan dari bangku pemain simpanan sebelum ini, turut dijangka akan berada di dalam kesebelasan utama.

Gambar: MFL

Antaranya ialah penjaga gol, Mohd Shahril, bek kanan T. Reuben dan juga pemain sayap Mahali Jasuli. Tiada kecederaan dan pergantungan dilaporkan dari kem PKNS FC untuk perlawanan ini.

Manakala di kem Selangor, harapan untuk memburu jaringan pastinya terus tersandar kepada penyerang import, Rufino Segovia. Penyerang kelahiran Sepanyol ini sudahpun menghasilkan 22 gol dalam 21 perlawanan untuk Selangor dalam saingan liga dan Piala FA.

Selain Rufino, Selangor pasti turut menyandarkan cabaran mereka kepada pemain berpengalaman seperti Amri Yahyah, Azammuddin Akil dan tenaga import dari Indonesia, Ilham Udin.

Benteng pertahanan yang diketuai oleh Razman Roslan turut harus berada pada prestasi terbai untuk menyerap asakan pemain penyerang PKNS FC

Rumusan

Mampukan Selangor mengekalkan kelebihan yang dimiliki untuk mara ke perlawanan akhir Piala FA sejak kali terakhir muncul juara pada 2011?

Atau adakah PKNS FC yang akan melakar kejutan untuk menebus kekecewaan musim 2016?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN