Shopee Piala FA: Safawi Mahu Pastikan Pahang Tumbang Di Larkin

Penyerang skuad Malaysia Bawah 23 Tahun, Safawi Rasid tekad untuk memastikan pasukannya, Johor Darul Ta’zim (JDT) menempah tiket ke separuh akhir dalam pertemuan suku akhir 2 Piala FA menentang Pahang malam ini.

Melalui kenyataannya di laman facebook rasmi JDT, beliau berkata pasukannya cukup bersedia untuk bertemu Pahang dan tidak sabar turun beraksi bagi mengekalkan rekod tanpa kalah di Larkin.

“Persiapan pasukan bertemu pasukan Pahang berada dalam keadaan yang baik dari segi mental dan fizikal.

“Kami perlu mengekalkan rekod kemenangan di Larkin, oleh itu kami akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kemenangan pada malam tersebut,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Safawi juga yakin dengan kemampuan rakan sepasukan untuk melepasi benteng pertahanan Pahang selepas mereka gagal menjaringkan sebarang gol ketika aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur minggu lalu.

“Sekiranya terpilih dalam kesebelasan utama, saya yakin dengan bantuan rakan-rakan yang lain kami akan berjaya melepasi benteng pertahanan pasukan lawan.

Safawi Rashid menjaringkan 2 gol ke atas Uitm FC. FOTO: JST

“Bermain di halaman sendiri memberi kelebihan kepada kami, sorakan para penyokong amat diperlukan bagi menaikkan semangat kami ketika di dalam padang.

“Apa sahaja cara sekalipun, kami mahukan kemenangan. Saya amat berharap kami dapat menamatkan perlawanan apabila tamat 90 minit dengan keputusan berpihak kepada kami”, ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN