Shopee Piala FA: Raul Longhi Akui Pahang Merupakan Lawan Yang Sukar

Pertembungan 2 pasukan teratas Liga Super di peringkat suku akhir Shopee Piala FA, Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pasti menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air apatah lagi kedua-duanya kini dalam prestasi terbaik.

Namun pengendali JDT, Raul Longhi, mengesahkan mereka mungkin berangkat ke Kuantan tanpa khidmat tonggak pertahanan kanan, S. Kunalan yang mengalami kecederaan.

“Semua pemain JDT kini berada di tahap kecergasan yang memuaskan dan telah memberi sepenuh komitmen terhadap latihan fizikal dan taktikal sepanjang tempoh rehat saingan Liga Malaysia.

“Hanya Kunanlan yang mungkin tidak dapat diturunkan selepas mengalami kecederaan di buku lali dan tahap kecergasan pemain itu dipantau oleh pegawai fisioterapi untuk memastikan beliau pulih sepenuhnya.

“Sekiranya Kunanlan tidak dapat diturunkan, kami masih ada pemain gantian yang boleh mengisi posisi pertahanan kanan dan senario itu tidak menggusarkan saya kerana pemain simpanan memiliki kualiti setanding,” katanya dalam satu kenyataan di laman facebook Johor Sourthern Tigers (JST).

Malah, beliau menjangkakan perlawanan pasti berlangsung sengit kerana skuad Tok Gajah ternyata bukan calang-calang pasukan selepas menyingkirkan juara bertahan, Kedah di pusingan ketiga minggu lalu.

“Saya akui pertembungan dengan skuad kendalian Dollah Salleh tampak sukar kerana mereka pasti mahu menggunakan kesempatan beraksi di laman sediri tapi kami tetap bersedia untuk menang pada aksi itu dan harus memperagakan corak permainan bijak.

“Falsafah dalam JDT mengutamakan mentaliti positif dan sentiasa beraksi konsisten kerana ia penting untuk memburu kemenangan.

“Suku akhir dijalankan secara timbal balik dan kami perlu memberi lebih 100 peratus pada aksi pertama dan mengekalkan momentum pada baki 90 minit di Larkin selepas ini,” jelasnya.

Longhi turut menjelaskan pemainnya akan mengikut taktikal yang dirancang olehnya bagi memastikan tiket ke separuh akhir berada dalam tangan.

“Para pemain memahami perancangan formasi yang dibentuk dan mereka mampu mengubah mengikut kesesuaian rentak permainan dan keutamaan adalah memperagakan aksi konsisten selain tidak melakukan kesilapan mudah,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN