Shopee Piala FA: PKNP FC Berpeluang Singkirkan Tok Gajah Di Ipoh

Ketua jurulatih Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC), Abu Bakar Fadzim memberi amaran skuadnya akan bermain mati-matian untuk memastikan impian beraksi di perlawanan akhir Shopee Piala FA menjadi kenyataan.

Bercakap kepada Berita Harian, Abu Bakar tetap menganggap Pahang sebagai pasukan pilihan walaupun bakal beraksi di laman lawan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA, di Ipoh, Ahad ini.

“Pahang memiliki pakej serba lengkap, pemain import dan tempatan mereka berkualiti dan berkebolehan.

“Selaku pasukan kerdil, kami turun selaku pasukan bukan pilihan,” katanya.

PKNP berjaya membawa bekalan gol daripada tempat lawan. Foto: FMLLP

Namun begitu, Abu Bakar menyifatkan keputusan seri 1-1 ketika separuh akhir pertama di Kuantan, Pahang tidak boleh dijadikan ukuran kerana skuad Tok Gajah dijangkan akan turun dengan kekuatan maksimum apabila tiga tonggak utama yang disisihkan sebelum ini disahkan mampu beraksi.

Walaupun laporan terkini mengatakan Tok Gajah mungkin hilang khidmat dua tonggak import, Mohamadou Sumareh dan Patrick Cruz, Abu Bakar nyata tidak mahu terperangkap dengan sebarang mainan serta perang psikologi Tok Gajah.

Sebaliknya, beliau memberi amaran PKNP FC akan tetap berusaha habis-habisan untuk memberi tentangan kepada finalis tahun lalu itu.

“Selepas mengikat Pahang di tempat mereka, kini giliran PKNP FC untuk menggunakan kesempatan terbaik. Saya berharap pemain tidak mensia-siakan peluang dan kelebihan di laman sendiri.

“Lebih penting pemain tidak melakukan kesilapan yang akan memberi peluang lawan menghukum kami,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN