Shopee Piala FA: Pahang Sedia Jumpa Selangor Di Bukit Jalil

Semalam pasukan Selangor sudah pun mengesahkan tiket di perlawanan akhir Shopee Piala FA apabila menewaskan PKNS FC melalui agregat 5-1 di Stadium Shah Alam.

Bagi pengendali Pahang, Dollah Salleh, beliau yakin skuad Pahang akan bertemu Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Julai ini bagi merebut Piala FA yang menawarkan tiket ke kelayakan AFC Champions League musim dean.

Bercakap kepada Berita Harian, walaupun skuad Tok Gajah terikat 1-1 pada separuh akhir pertama di Kuantan, 23 Jun lalu, ia langsung tidak melunturkan semangat pemainnya untuk berusaha keras memburu kemenangan di Ipoh malam ini.

“Saya percaya prestasi lebih baik akan dipersembahkan Pahang untuk mengecewakan tuan rumah yang pasti akan mengukuhkan kubu mereka daripada dibolosi.

“Bagi saya, aksi separuh akhir kedua berbeza kerana tiga pemain utama kembali bersama pasukan selepas terlepas beraksi kerana penggantungan perlawanan.

“Kehadiran Matthew Davies, Safuwan Baharudin dan Nor Azam Azih akan memantapkan lagi jentera tengah pasukan untuk membantu skuad ini layak ke final,” katanya.

Issey Nakajima dijangka menjadi taruhan Dollah Salleh dalam aksi menentang PKNP FC malam ini. FOTO: Pahang FA

Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan masih mengharapkan dua pemain import Pahang, Patrick Cruz dan Mohamadou Sumareh dapat disenaraikan walaupun masih belum mencapai prestasi terbaik disebabkan kecederaan.

Jika Cruz dan Sumareh dapat beraksi, sudah pasti kehadiran mereka akan menambah bisa di bahagian serangan Tok Gajah selepas gagal menyerlah dalam dua perlawanan lalu.

“Kita dapat lihat pada aksi Liga Super bertemu Selangor Selasa lalu, jentera serangan begitu tumpul yang memerlukan pemain bekerja keras untuk menambah ketajaman di bahagian serangan,” katanya.

Musim lalu, skuad Tok Gajah layak ke perlawanan tetapi kecewa apabila tewas 2-3 kepada Kedah di Stadium Shah Alam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN