Shopee Piala FA, Pahang 3 Perak 1: Lihat Gol Goulon Daripada Kawasan Sendiri Lemaskan Hafizul Hakim

Mengejutkan, tidak disangka-sangka, kegilaan dan mengujakan! Apa sahaja perkataan – itulah yang berlaku ketika para penyokong Pahang melihat sepakan percuma terus daripada kawasan sendiri Herold Goulon melemaskan penjaga gol yang kerap dipanggil ke kem kebangsaan – Hafizul Hakim.

Ini adalah detik pada masa kecederaan sebelum tamat perlawanan di mana Goulon menghayunkan kakinya untuk menghasilkan gol ke-3 Pahang. Mungkin ini gol tercantik dan paling istimewa pernah dilakukan Goulon dalam kariernya.

Perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2019di antara Pahang dan Perak menjadi tumpuan peminat dan pemerhati bola sepak tempatan.

Pahang berada di hadapan seawal minit ke-12 menerusi tandukan Herold Goulon. Kredit kepada Matthew Davies yang melakukan hantaran lintang ‘signature’ beliau.

Sebelum tamat separuh masa pertama, the Keliboy – Mohamadou Sumareh mendada bola dan melakukan voli agak lemah untuk gol kedua Pahang. Hafizul lambat memberikan reaksi beliau dan tertewas.

Kali ini Norshahrul Idlan Talaha menjadi pembekal gol tersebut.

Pada separuh masa kedua, Perak merapatkan jurang gol menerusi J. Partiban pada minit ke-54. Gol tempat lawan yang penting bagi Perak. Satu gol yang cantik dengan percubaan melepasi pertahanan lawan.

Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan 2-1, pada masa kecederaan Hafizul Hakim dikejutkan dengan percubaan jarak jauh oleh Goulon untuk gol ke-3 Pahang. Nampaknya Hafizul Hakim terus dihantui isu ‘judgement’ ketika sepakan percuma.

Perlawanan tamat 3-1 memihak kepada Pahang. Perak kini ada 2 defisit gol untuk mereka kejar dalam perlawanan kedua.

Apapun jom nikmati sekali lagi gol Herold Goulon.

https://twitter.com/OfficialPahang/status/1142447809053913089

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN