Pahang Jumpa JDT, Derbi Lembah Klang Warnai Suku Akhir Shopee Piala FA Malaysia

Empat lagi perlawanan membabitkan baki 8 pasukan. Itulah senario saingan Shopee Piala FA Malaysia 2018 yang mulai memasuki saingan peringkat suku akhir.

Majlis undian peringkat suku akhir pertandingan tersebut telah diadakan di Restoran Hard Rock Cafe, yang bertempat di ibu negara sebentar tadi.

Untuk saingan peringkat suku akhir, pemenang akan ditentukan melalui perlawanan timbal balik yang diadakan di gelanggang sendiri setiap pasukan bertanding.

Untuk itu, saingan suku akhir pertama telah ditetapkan oleh penganjur pada 6, 7, dan 8hb April, manakala perlawanan timbal balik akan diadakan pada 20, 21 dan 22 April.

Memasuki saingan suku akhir, peraturan kelebihan gol di tempat lawan akan mulai diambil kira.

Empat perlawanan yang akan berlangsung pada tarikh di atas menyaksikan Kuala Lumpur akan bertemu dengan musuh setempat, Selangor untuk pertembungan derbi Lembah Klang.

Sumber: FMLLP, Facebook

Wakil tunggal daripada utara tanah air, Perak TBG akan berkunjung ke Shah Alam untuk berhadapan dengan cabaran skuad Datuk K. Rajagopal.

Wakil tunggal dari 100Plus Liga Premier yang masih meneruskan saingan di pertandingan ini, Felda United pula diundi bertemu dengan PKNP FC.

Tumpuan undian peringkat suku akhir pada kali ini pasti tertumpu kepada dua pasukan yang sedang berada di dua tangga teratas unifi Liga Super Malaysia, Pahang dan juga JDT yang telah diundi untuk bertemu sesama sendiri.

Sumber: FMLLP, Facebook

Untuk rekod, kedua-dua pasukan turut diundi sesama sendiri pada musim lalu sebelum Pahang muncul pemenang dalam perlawanan tersebut dengan agregat 4-3.

Majlis undian suku akhir Shopee Piala FA Malaysia 2018 itu sebentar tadi turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Serantau Shopee Malaysia, Ian Ho; Ketua Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam; dan wakil-wakil pasukan bertanding.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN