Shopee Piala FA: Kedah Waspada Terhadap Ancaman Petaling Jaya FC

Juara Piala FA 2017, Kedah menyasarkan untuk mara dengan lebih jauh dalam saingan Piala FA musim ini apabila bakal melayan kunjungan Petaling Jaya City (PJ City) di Stadium Darul Aman malam ini.

Bagaimanapun, penolong jurulatih skuad itu, Victor Andrag mengakui PJ City bukan lawan yang mudah meskipun pernah menewaskan mereka, 2-0 dalam saingan Liga Super bulan lalu.

Beliau juga yakin keyakinan dengan prestasi pemain yang semakin meningkat selepas menewaskan Terengganu FC, 3-0 dalam saingan LigaSuper Jumaat lalu.

“Selepas pemain bangkit dari suasana yang kurang selesa ketika berdepan Selangor United sebelum ini dan kembali dengan tahap prestasi yang terbaik kini, saya mahu mereka teruskan momentum serta rentak kejayaan yang diperolehi dengan mencipta kemenangan,” katanya dalam Harian Metro.

“Saya berharap pemain yang kini bersemangat dapat terus menunjukkan sikap atau ‘attitude’ terbaik mereka diatas padang dengan berjuang habis-habisan sepanjang tempoh perlawanan.

“Walaupun kita memiliki rekod kemenangan 2-0 keatas mereka (PJ City) sebelum ini, itu tidak boleh dijadikan sandaran kerana perlawanan itu dalam Liga Super sudah berlalu dan kini kami berada di laluan Piala FA yang berbeza dari segi cabarannya.

“Kami akan berhadapan dengan sebuah pasukan yang bagus yang mampu beraksi sebagai sebuah pasukan dan bukan bertindak secara individu.

Kedah
FOTO: Kedah FA

Meskipun Kedah bakal beraksi tanpa kelibat ketua jurulatih mereka, Aidil Sharin Sahak yang sedang mengikuti kursus kejurulatihan Diploma AFC Profesional, Victor sentiasa berhubung dengan Aidil untuk mendapatkan nasihat dan panduan.

“Sebagai penolong ketua jurulatih, saya perlu mendapatkan nasihat serta kata-kata azimat daripada Aidil Sharin sebelum membuat keputusan yang berkesan pada perlawanan nanti,” katanya.

“Kita tahu ini perlawanan kalah mati dan kita akan ambil seruis dalam semua perancangan yang kita akan lakukan demi memastikan kejayaan pasukan.

“Setiap hari saya berkomunikasi dengan beliau (Aidil) bagi membincangkan corak latihan, taktikal, laporan dan perkembangan semasa untuk mencapai keputusan terbaik yang akan dibuat untuk kejayaan pasukan dalam saingan kali ini,” jelasnya..

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN