Shopee Piala FA: Kedah Gagah Tewaskan PKNS FC, Kuala Lumpur & Felda Terikat Di Cheras

Kedah membawa pulang bekalan selesa dengan kelebihan dua gol, setelah mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas PKNS FC di aksi suku akhir pertama Shopee Piala FA yang berlangsung pada malam tadi.

Skuad Lang Merah bimbingan jurulatih dari Singapura, Aidil Sharin Sahak mendahului seawal minit ke-12 perlawanan – apabila penyerang import, Fernando Rodriguez berjaya menyudahkan hantaran Farhan Roslan.

Kedah terus selesa selepas itu apabila melebarkan kedudukan melalui sepakan penalti Jonathan Bauman pada minit ke-25 perlawanan. PKNS FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan import, Tamirlan Kozubaev dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan kerana didakwa mengasari Farhan.

FOTO: MFL

Kedah terus memperolehi kelebihan apabila Bauman sekali lagi menghukum benteng PKNS dengan gol kedua peribadi untuk Kedah mendahului 3-0 pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, Kedah kelihatan seperti mengendurkan tempo perlawanan. PKNS berjaya mencuri satu gol apabila Gabriel Guerra berjaya menyudahkan hantaran Romel Morales pada minit ke-64 perlawanan. Keputusan perlawanan terus kekal 1-3 memihak kepada pasukan pelawat sehingga tamat perlawanan.

Kedah akan menanti kunjungan PKNS FC di Stadium Darul Aman untuk perlawanan timbal balik yang akan dilangsungkan pada 10 Mei hadapan.

Di Stadium Bola Sepak Cheras

Di Cheras pula menyaksikan Kuala Lumpur dan Felda United terikat dengan keputusan 3-3.

Tiga gol yang dihasilkan Felda bermakna Kuala Lumpur memberikan kelebihan kepada pasukan pelawat untuk jaringan gol di tempat lawan – sebelum aksi penenti di Jengka pada minggu hadapan.

Felda terlebih dahulu di hadapan apabila Abdul Azim Rahim menyambar bola yang terkena tiang hasil percubaan awal Christie Jayaseelan pada minit ke-22 perlawanan. Jaringan tersebut bagaimanapun dipadam oleh pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-40.

Foto: MFL

Babak kedua bersambung, Indra meneruskan sentuhan tajam beliau -kali ini melalui tandukan – untuk Kuala Lumpur mendahului pada minit ke-53 perlawanan, hasil hantaran lintang Ashri Chu Chu.

Namun kelebihan yang dimiliki oleh skuad warga kota pantas dipadam oleh Felda United enam minit kemudian, apabila Abdul Azim sekali lagi menghukum benteng pelawat, menanduk masuk menewaskan Sharbinee Alawi .

Minit ke-74, giliran Felda pula di hadapan apabila hantaran S. Chanturu disudahkan oleh Jocinei Schad.

Enggan tunduk, Kuala Lumpur menyamakan kedudukan pada minit ke-79 melalui pemain import, Paulo Josue.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN