Shopee Piala FA: Kebangkitan AS Roma Jadi Inspirasi Kuala Lumpur Untuk Melakukan Kejutan

Hajat pasukan Pahang untuk membawa pulang 3 mata penuh tidak tercapai apabila pasukan Kuala Lumpur berjaya menyekat rangkaian serangan mereka sehingga memastikan 1 mata berharga berjaya diraihkan ketika aksi Liga Super di Stadium Bolasepak KLFA kelmarin.

Mengulas berkenaan perlawanan itu, Maciel berkata kepada Berita Harian mengakui berpuas hati dengan persembahan pemainnya walaupun sekadar berkongsi satu mata di gelanggang sendiri.

Beliau juga menjadikan kebangkitan luar biasa kelab gergasi Itali, AS Roma menentang kelab gergasi Sepanyol, Barcelona pada suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menjadi inspirasi terbaik buat Kuala Lumpur untuk melakukan kejutan pada suku akhir kedua Piala FA berdepan Selangor, Sabtu ini.

“Sudah pasti kami akan cuba bangkit. Bila saya katakan kami, maksudnya bukan saya saja, pemain dan semua staf juga perlu bangkit. Memang kami lakukan kesilapan pada aksi sebelum ini, tewas 3-0 dan (Guilherme De Paula) dilayangkan kad merah.

“Tetapi kami tetap akan berjuang, kami tidak berputus asa kerana apa saja boleh berlaku dalam bola sepak. Saya percaya kepada semua pemain walaupun kami ketinggalan tiga gol.

“Tiada siapa sangka minggu lalu Roma berjaya tewaskan Barcelona 3-0. Tiada siapa sangka Juventus boleh bangkit mendahului Real Madrid dengan 3-0 di Santiago Bernabeu. Bola sepak menarik, semua perkara anda tidak boleh jangka,” katanya.

“Satu perlawanan yang sengit dan kedua-dua pasukan beraksi amat pantas. Pahang juga memberi ruang kepada kami dan pemain saya cipta banyak peluang.

“Kami berjaya mendahului pada babak pertama, cuma sedikit kesilapan menyebabkan Pahang berjaya mendapatkan gol penyamaan. Namun, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan satu mata,” katanya.

Pada aksi tersebut, Guilherme De Paula terlebih dahulu menceriakan penyokong tuan rumah apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-10.

Selepas itu, pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh menyamakan kedudukan dua minit kemudian dengan menanduk masuk bola hantaran Chan Vathanaka.

Kapten Kuala Lumpur, Indra Putra Mahayuddin kembali meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-39 selepas tenang menolak masuk bola umpanan De Paula.

Pahang terpaksa menunggu hingga minit ke-60 untuk sekali lagi mengikat kedudukan hasil rembatan cantik R Kogileswaran dari luar kotak penalti yang memerangkap penjaga gol Kuala Lumpur, Khatul Anuar Md Jalil.

Bagi Kuala Lumpur, satu mata diraih di gelanggang sendiri itu menyaksikan mereka kekal di kedudukan kelapan dengan mengumpul tujuh mata selepas enam perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN