Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Darul Makmur dalam perlawanan pertama separuh akhir Shopee Piala FA.
Bagi JDT, hanya kemenangan yang mampu melayakkan mereka ke peringkat seterusnya. Kelebihan beraksi di Larkin pasti mahu digunakan sepenuhnya.
Bagi pasukan pelawat, jaringan gol di tempat lawan pasti akan memberi kelebihan, dengan syarat mereka tidak tewas dalam perlawanan ini.
4-1-4-1 untuk Pahang, dan 4-3-3 untuk tuan rumah JDT, siapakah yang akan meneruskan kemaraan?
Separuh masa pertama
Dalam keadaan padang yang basah, JDT cuba mengatur gerakan awal dan memperolehi sepakan penjuru seawal minit ke-2 perlawanan.
Air yang bertakung sedikit sebanyak mengganggu rentak hantaran rendah kedua-dua pasukan.
Cabrera terlepas peluang terbaik untuk meletakkan JDT di hadapan apabila percubaan dari sebelah kanan kotak penalti, tersasar keluar.
Minit ke-9 perlawaanan, satu gerakan pantas daripada pasukan Pahang menyaksikan Patrick Cruz berjaya meloloskan diri setelah kemas mendada hantaran rakan sepasukan untuk Pahang berada 1-0 di hadapan.
Keadaan padang yang licin turut mencetuskan insiden, melibatkan Safuwan Baharudin dan Hazwan Bakri sehingga kedua-duanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan.
Aksi kelam kabut pada mulanya di hadapan gawang Pahang pada minit ke-30 perlawanan tiba-tiba menjadi ancaman kepada pasukan JDT apabila Pahang melancarkan serangan balas pantas.
Percubaan akrobatik Fadli Shas dua minit selepas itu, turut berjaya diselamatkan oleh Helmi Eliza.
JDT sekali lagi hampir dihukum oleh Pahang apabila tandukan Chan Vanthanaka memaksa Farizal untuk melayangkan badan untuk menepis percubaan pemain import dari Kemboja itu.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun babak pertama perlawanan akhirnya tamat dengan JDT ketinggalan 0-1 kepada Pahang.
Separuh masa kedua
Babak kedua perlawanan bermula, JDT memerlukan dua gol untuk 45 minit seterusnya.
Babak kedua perlawanan ini juga menyaksikan perlawanan sering terhenti apabila pengadil terpaksa meniup wisel akibat terjahan-terjahan liar pemain yang disebabkan keadaan padang yang licin.
Pada minit ke-59 perlawanan. Patrick Cruz memberikan kelebihan dua gol untuk Pahang setelah menyambar hantaran lintang Kogileswaran, yang terlebih dahulu mencuri bola dari Azrif Nasrulhaq yang tergelincir. JDT 0-2 Pahang.
JDT cuba bertindakbalas, namun percubaan Hazwan pada minit ke-62 perlawanan sekadar sipi di sebelah kanan gawang.
Fadli Shas kemudiannya dikeluarkan oleh Raul Longhi pada minit ke-70 perlawanan, dan memasukkan Safiq Rahim dalam usaha untuk memberi kelebihan di jentera tengah.
Cruz kemudiannya melengkapkan hatrik dalam perlawanan ini dengan satu rembatan kencang, selepas satu larian menarik untuk Pahang selesa 3-0 di hadapan pada minit ke-77 perlawanan.
Selepas itu, segalanya semakin sukar buat JDT. Pahang hanya perlu mengekalkan disiplin pertahanan dan tidak membenarkan JDT daripada menghampiri gawang gol mereka.
Walaupun sudah mencuba sehabis baik, JDT gagal menghadirkan ancaman, sehingga pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat.
Pahang FA menewaskan JDT 3-0 di Larkin, sekaligus memastikan kemaraan ke separuh akhir Shopee Piala FA 2018.
Kesebelasan utama
JDT: Farizal, Corbin Ong, Fadhli Shas (Safiq Rahim 70′), Marcos Antonio, Azrif, Harris Harun, Nazmi Faiz, Natxi Insa, Safawi Rasif, Hazwan Bakri, Cabrera
Pahang: Helmi (PG), Patrick Cruz, Kogileswaran, M. Sumareh, C. Vanthanaka, Azam Azih, Matthew Davies (Bunyamin 76′), Muslim Ahmad, Safuwan, Afif, Faizal