Shopee Piala FA 2019: Jerantut FA Galas Cabaran Wakil Liga M4 Lawan Perak

Kelab dari Pahang, Jerantut FA merupakan satu-satunya wakil daripada divisyen 4 (Liga M4) yang beraksi dalam pusingan ketiga Shopee Piala FA apabila diundi menentang pasukan Liga Super, Perak.

Nama pasukan ini mula menjadi sebutan peminat bola sepak tanah air selepas mempamerkan aksi memukau dengan menewaskan pasukan daripada divisyen 3 (Liga M3), Johor Bharu FA, 3-0 di pusingan kedua Piala FA.

Majlis undian yang berlangsung di Foyer Glam Hall, Level 6, Mercu Mustapha Kamal, Neo Damansara sebentar tadi turut menyaksikan juara bertahan, Pahang FA akan menentang pasukan universiti, UKM FC dan dijangka tiada masalah untuk mara ke peringkat suku akhir.

Selain itu, tugas berat sedang menanti skuad PKNS FC apabila bakal berkunjung ke Larkin menentang juara Liga Super 5 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan perlawanan tersebut pasti menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air.

Malah, Selangor juga berdepan laluan yang sukar selepas diundi menentang satu lagi pasukan liga super, FELDA United manakala PKNP FC perlu menanti pasukan manakah yang bakal menentang mereka berdasarkan keputusan perlawanan PDRM menentang Sarawak yang ditunda akibat cuaca buruk.

Satu lagi pertembungan yang menarik ialah melibatkan dua pasukan dari pantai timur iaitu Kelantan United dan Terengganu FC. Juara Piala FA 2017, Kedah juga perlu bekerja keras untuk memastikan tiket suku akhir menjadi milik mereka apabila diundi menentang pasukan liga super, PJ City FC.

Kuala Lumpur yang masih belum mencatat sebarang kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini berpeluang menebus kegagalan itu dengan mara ke peringkat suku akhir apabila diundi menentang pasukan Liga Premier, Pulau Pinang.

Perlawanan pusingan ketiga Piala FA dijadualkan berlangsung pada 16 dan 17 April ini. 8 pasukan yang menang akan diundi semula untuk menentukan lawan masing-masing di peringkat suku akhir.

Pasukan yang diundi di posisi nombor ganjil (1,3,5,7…) akan bermain sebagai tuan rumah di peringkat suku akhir pertama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN