Shin Tae-Yong Tegas Kawal Pemakanan Pemain Skuad B-19 Indonesia

Shin Tae-yong

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong yang turut diberikan tanggungjawab membimbing pasukan bawah 19 tahun (B-19) jelas begitu tegas dalam pelbagai aspek buat anak-anak buahnya, tidak terkecuali melibatkan soal pemakanan.

Hal ini kerana pengendali dari Korea Selatan itu akan meminta setiap daripada pelatih skuad B-19 yang sedang menjalani latihan pusat bagi menghadapi saingan Piala Asia B-19 2020 supaya mengirimkan gambar makanan kepada beliau.

Langkah tegas yang diambil tersebut dilihat sebagai usaha Tae-yong untuk memastikan anak buahnya menikmati makanan dengan gizi seimbang serta sesuai buat seorang atlet.

Meskipun kini beliau masih berada di Korea Selatan, pengendali berusia 51 tahun itu tetap memantau sesi latihan serta waktu rehat anak-anak buahnya dan juga menyusun program latihan dengan intensiti yang pelbagai variasi.

Perkara tersebut diakui sendiri pembantu jurulatih, Nova Arianto dalam satu laporan yang dikeluarkan media di Indonesia, Akurat.co.

”Mulai hari ini, setiap pemain perlu mengirimkan gambar menu makanan [kepada Shin Tae-yong] yang mereka nikmati. Sudah tentu pemakanan yang sihat dan normal buat seorang atlet.”

”Perkembangan latihan juga semakin baik dan ‘coach’ Shin Tae-yong mempersiapkan pasukan secara mendalam. Ia melibatkan sesi latihan, pada ketika ini dengan variasi dari intensiti rendah, sederhana hingga yang paling tinggi.”

Skuad B-19 Indonesia memulakan siri latihan pusat mereka pada 14 Mei lalu dan pada ketika ini seramai 44 orang pelatih sedang bersaing sesama sendiri untuk berebut tempat bagi membawa cabaran ‘skuad Garuda muda’ di Uzbekistan nanti.

Kejuaraan Piala Asia B-19 2020 dijangka akan dilangsungkan pada 14 hingga 30 Oktober ini.

Kredit featured image: Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI)

Baca artikel lain dari kami mengenai Shin Tae-yong dan Indonesia:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN