Shin Tae-yong Malu Terpaksa Batal Latihan Skuad Garuda Kerana Lupa ‘Booking’ Stadium

Skuad kebangsaan Indonesia terpaksa melupakan hasrat memulakan latihan sulung mereka untuk perlawanan menentang Bangladesh semalam.

Perkara itu berlaku kerana kegagalan pengurusan pasukan menempah stadium yang sepatutnya menjadi padang latihan skuad kendalian Shin Tae-yong.

Menjelang kalendar perlawanan antarabangsa FIFA, Indonesia dijadualkan menentang Banglandesh pada 1 Jun di Stadium Jalak Harupat di Bandung.

Shin Tae-yong malu

Sebagai persiapan, skuad Garuda akan mengadakan latihan di Stadium Madya, Sedayan, Jakarta.

Bagaimana pun perkara itu tidak dapat direalisasikan, dan anak buah Shin Tae-yong akhirnya terpaksa pasrah menjalani latihan di tepi kolam renang di hotel penginapan mereka.

Shin Tae-yong

Bekas jurulatih skuad Piala Dunia Korea Selatan itu jelas kecewa dengan perkara yang berlaku..

“Sebenarnya hal ini sedikit memalukan. Memang reancangan atau jadual pertama kita setelah latihan angkat berat ialah untuk ke padang,” kata Shin Tae-yong.

Harap PSSI lebih berhemah

Pada ketika itu Shin Tae-yong berkata beliau dan anak buahnya sudah di dalam perjalanan ke stadium yang sepatutnya menjadi tempat latihan mereka.

“Saat ke padang latihan, ada khabar stadium belum ditempah, jadi kami tidak boleh menggunakannya, dan jadual latihan terpaksa ditukar,” tambahnya lagi.

Walaupun kecewa dengan situasi dihadapinya, Shin Tae-yong berharap pihak pengurusan skuad kebangsaan dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) lebih peka dengan keperluan pasukan dan enggan perkara sama berlaku lagi pada masa hadapan.

“Hari ini tidak ada masalah kerana latihan tertumpu kepada pemulihan sahaja.

“Tetapi untuk kemudian hari, kita tidak boleh mengalami masalah yang sama lagi,” tegas jurulatih itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN