Shin Tae-yong Gesa Indonesia Main Bola Sepak Guna Otak Seperti Lionel Messi

Pengendali Indonesia iaitu Shin Tae-yong menggesa para pemain kendaliannya supaya tampil dengan lebih baik dalam corak permainan pada masa akan datang.

Menurut Shin, beliau mahu para pemain bawah kendaliannya kini iaitu skuad Indonesia bawah 20 (B-20) supaya mengambil contoh daripada corak permainan Lionel Messi yang menggunakan otak serta beraksi dengan mudah.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Shin ketika mereka mula melakukan kem latihan pusat di Jakarta dengan para pemain muda Indonesia telah pun dikumpulkan ketika ini.

Kem tersebut diadakan kerana skuad B-20 Indonesia akan menyertai kejohanan besar pada tahun ini iaitu Piala Asia B-20 di Uzbekistan pada bulan Mac ini.

Jelas Shin, inspirasi Messi itu diambil beliau sebagai pendekatan baharu kepada para pemainnya kerana bintang Argentina tersebut tidak begitu bersusah payah dalam permainan.

Aksi Messi yang tidak banyak berlari tetapi sentiasa peka dan memerhatikan keadaan sekeliling menjadi suatu contoh terbaik buat mana-mana pemain baharu untuk cuba mengambil inspirasi.

“Adakah anda ingat jika bermain bola sepak itu cukup sekadar berlari? Itu salah sebenarnya. Messi tak banyak berlari tetapi kenapa beliau tetap dianggap hebat?

“Kerana ketika beliau bermain bola, dia tidak perlu bersusah payah bergerak. Sebaliknya Messi kekal peka memerhatikan keadaan sekeliling,” jelas Shin menerusi Bola.com.

Pada masa sama, pengendali dari Korea Selatan itu turut memuji kualiti yang ada pada Messi selepas disikapkannya sentiasa mengetahui apa harus dibuat sebelum bertindak.

“Ketika Messi dapat bola, dia akan sentiasa bergerak atau membuat satu sentuhan sahaja. Itu sentiasa difikirkan dirinya di atas padang.

“Lehernya sentiasa bergerak. Apa yang dibuat Messi sepanjang perlawanan ialat melihat, berfikir, dan bergerak. Sangat mudah. Itu yang perlu ada dalam kepala pemain Indonesia,” tambah Shin lagi.

Shin jelas merungut perkara tersebut selepas melihat sendiri situasi dialami oleh para pemain bawah kendaliannya dan jika perkara itu diatasi, segalanya bakal menjadi lebih baik buat bola sepak Indonesia.

“Bukannya mereka tak hebat bermain bola, cuma kekurangannya pemain-pemain ini tidak berfikir. Sebab tak berfikir, perkembangan pun terbatas.

“Memang banyak lagi yang harus dipelajari mereka. Messi pun sentiasa belajar daripada kesalahan. Kerana sebagai seorang pemain, pastinya akan sentiasa ada kesalahan,” cakap Shin akhir sekali.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN