Shin Tae-yong sekali lagi tampil marah dengan prestasi semasa yang ditunjukkan oleh para pemain Indonesia bawah 20 (B-20) setelah mengesan beberapa perkara mengecewakan berlaku pada sesi latihan.
Dalam sesi latihan yang masih lagi berlangsung semalam di Turki kerana masalah visa tidak membenarkan mereka untuk ke Sepanyol lebih awal, ada beberapa perkara yang membuatkan jurulatih dari Korea Selatan tersebut marah.
Menurut beliau, para pemain Indonesia B-20 gagal untuk menurut kehendaknya dalam sesi latihan yang berlangsung dan ia membuat pengendali tersebut jelas tidak berpuas hati.
Semangat Senin, sobat Garuda! 💪#KitaGaruda pic.twitter.com/LLTHcpNgyy
— PSSI (@PSSI) November 7, 2022
“Sampai diberi bola pun anda semua masih lagi menunggu dan tidak bergerak? Sepatutnya anda perlu mendapatkan bola tersebut.
“Semua masih malas-malas. Kembali semula dalam sesi latihan anda semua,” jelas Tae-yong menerusi CNN Indonesia.
Tae-yong jelas mahu para pemain untuk sentiasa aktif bergerak dalam mendapatkan bola serta mendapatkan bola daripada hanya menunggu hantaran-hantaran dibuat.
Sebelum ini, beliau juga pernah memarahi para pemain ketika aksi persahabatan skuad pembangunan Indonesia itu menentang Moldova.
Pada perlawanan tersebut, pengendali dari Korea Selatan itu jelas marah dengan prestasi yang dipamerkan oleh para pemain, terutama sekali kapten Indonesi iaitu Barnabas Sobor.
Dalam aksi sebelum ini, skuad kendalian Tae-yong itu telah mencatat kemenangan terhadap Moldova dalam pertemuan pertama dan mereka gagal mengulanginya pda aksi kedua.
Ketika perlawanan tersebut terhenti seketika, jurulatih itu mengambil peluang untuk memarahi kapten Indonesia kerana tidak mempamerkan aksi yang diharap.
Berlatih dan kerja keras dari atas pasir pantai! 🏝️#KitaGaruda pic.twitter.com/jpDfpdNo8X
— PSSI (@PSSI) November 6, 2022
Barnabas Sobor dipercayai tampil dengan aksi yang kurang menyakinkan sehingga beberapa kali pintu gol Indonesia hampir diancam oleh pasukan pihak lawan.
Tambahan pula, sebagai seorang kapten yang memimpin rakan sepasukan lain, Tae-yong jelas tidak boleh menerima aksi yang dipamerkan oleh pemain muda itu.
“Kalau kamu tidak menjadi kapten perlawanan ini saya masih boleh terima lagi, cuba kamu cakap apa saja yang kamu telah buat di separuh masa pertama?
“Apa yang kamu semua buat pada sesi latihan dengan perlawanan sebenar sangat jauh berbeza. Setiap kali hantaran ke hadapan dibuat pastinya akan terlepas kepada lawan. Susah begini,” marah Tae-yong.
Tim U-20 Indonesia berhasil unggul atas Antalyaspor U-20 dengan skor akhir 3-2.
📺 Saksikan video pertandingannya hanya di YouTube PSSI TV.
Terus berproses, Garuda Nusantara! 🦅🇮🇩#KitaGaruda #TimnasDay pic.twitter.com/Rwgitmftmw
— PSSI (@PSSI) November 8, 2022
Skuad Indonesia B-20 kini masih lagi giat aktif menjalani latihan mereka sebagai medan persiapan sebelum aksi Piala Asia dan Piala Dunia pada tahun hadapan dan selesai menjalani aksi persahabatan terbaharu bersama Antalyaspor B-20.