Shin Tae-yong Akan Tinggalkan Indonesia Selepas Piala Asia 2023?

Masa depan bagi skuad kebangsaan Indonesia nampaknya bakal menjalani perubahan selepas pengendali mereka memberikan bayangan akan tinggalkan pasukan tersebut.

Pengendali Indonesia yang berasal dari Korea Selatan, Shin Tae-yong memberi bayangan akan meninggalkan skuad Garuda pada tahun hadapan selepas berakhirnya tugasan Piala Asia 2023 di Qatar.

Dalam satu wawancara bersama media Korea Selatan, Shin mengatakan yang Piala Asia 2023 akan menjadi tugasan terakhirnya kerana kontrak beliau bersama Indonesia akan tamat pada akhir tahun ini.

Walaupun kontraknya akan tamat pada Disember 2023, Shin masih diminta oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk mengendalikan skuad Garuda di Qatar.

”Saya ada berhubung dengan Erick Thohir, dan saya perlu selesaikan kerja yang diberikan kepada saya.”

”Saya akan bertugas sehingga Piala Asia 2023. Erick adalah seorang yang cukup gilakan bola sepak dan kami banyak berbincang walaupun Indonesia tidak menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20,” kata Shin.

Urusan tuan rumah Piala Dunia B-20 diberikan kepada Argentina oleh FIFA selepas menarik semula hak tersebut daripada Indonesia kerana tidak mahu menerima kehadiran Israel.

Jika benar PSSI melepaskan Shin, ini adalah satu kerugian buat mereka kerana beliau telah meletakkan batu asas kepada kemajuan bola sepak Indonesia.

Hasilnya, Indonesia berjaya layak ke Piala Asia 2023 dan mereka memenangi pingat emas di Sukan SEA Kemboja.

Kemungkinan untuk kontrak Shin tidak disambung juga berkaitrapat dengan kerjasama antara PSSI dengan FA Jepun yang baru-baru ini dimeterai.

Adakah selepas ini Indonesia akan dilatih oleh jurulatih Jepun? Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN