Terengganu kini dilihat kembali berada pada momentum terbaik untuk mencatat keputusan positif menjelang aksi pusingan kedua Piala FA di laman sendiri, malam esok.
Kpah Sherman antara individu paling bersemangat sekali bagi mengharungi perlawanan malam esok setelah sebelum itu beliau cemerlang mempamerkan ketajaman menerusi jaringan gol pertama sewaktu berdepan Sri Pahang tempoh hari.
Dua perlawanan tertunda pusingan kedua (FA2) Piala FA akan berlangsung pada minggu ini!
Terengganu FC 🆚 Kedah Darul Aman FC
Selangor FC 🆚 Kuala Lumpur City FCSiaran langsung di unifiTV, unifi playTV dan YouTube.#PialaFA2022 pic.twitter.com/4KJgPmnvdx
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 4, 2022
Beliau akui jaringan tersebut berjaya membakar semangat untuk berdepan dengan lebih baik pada perlawanan seterusnya menentang Kedah Darul Aman (KDA) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), esok.
Tambah beliau, kelebihan beraksi di laman sendiri juga bakal digunakan sebaik mungkin apabila menjangkakan ramai penyokong bakal turun memberi sorakan padu buat mereka.
Walapun begitu, penyerang kebangsaan Liberia itu juga mengakui tugas yang mereka bakal hadapi malam esok bukan sesuatu yang boleh diambil ringan sekali pun Sherman mempunyai sedikit sebanyak rahsia taktikal dalaman bekas pasukan diwakilinya musim lalu itu.
“Kami beraksi dengan baik ketika berdepan Sri Pahang FC walaupun melakar kemenangan tipis 2-1, persefahaman antara kami pun bertambah baik, ianya bakal menjadi senjata kami berdepan bekas pasukan saya dan Kipre Tchetche.
“Lebih menambah semangat dan keazaman selepas saya berjaya menjaringkan gol ketika berdepan Sri Pahang FC ketika permainan memasuki minit pertama, ianya bagus buat saya dan pasukan.
“Jadi saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menggalas cabaran itu dengan peragakan aksi terbaik lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri, saya harap ia menjadi kenyataan untuk kami melangkah ke peringkat suku akhir,” katanya ketika ditemui menerusi Berita Harian semalam.
Untuk rekod, Terengganu kali terakhir menjulang piala saingan tersebut pada tahun 2011 ketika mereka menumpaskan Kelantan dengan keputusan 2-1 sewaktu kelab tersebut dikendalikan oleh Irfan Bakti Abu Salim.
1' GOL | Kpah Sherman membuka tirai jaringan seawal minit pertama!@FCTerengganu 1-0 @OfficialPahang #LigaSuper2022 pic.twitter.com/WVPSZ5J35K
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 3, 2022
Untuk KDA pula, kali terakhir mereka menjuarainya pada tahun 2019 sewaktu Aidil Sharin pertama kali menjadi pengendali kelab tersebut hasil jaringan tunggal pemain muda, Fadzrul Danel dengan keputusan 1-0 menumpaskan Perak.
Kedua pasukan ini dilihat berada dalam momentum terbaik untuk melakar keputusan positif bagi menghadapi antara satu sama lain setelah masing-masing berjaya mencatat kemenangan sebelum itu.