Sheringham: Kane Tak Perlu Bazirkan Kariernya Di Tottenham

Harry Kane

Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane perlu segera keluar ke kelab lain supaya kariernya tidak dibazirkan begitu sahaja di kelab utara London itu, nasihat Teddy Sheringham ketika ditemubual Sky Sports.

Masa depan penyerang England iti menjadi bualan hangat di media sejak beberapa bulan lalu selepas beliau sebelum ini memberikan petunjuk dengan mengatakan akan meninggalkan Spurs sekiranya tidak melihat kemajuan kepada kelab tersebut.

Kane telah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United, sementara Barcelona dan Real Madrid juga dikatakan mengikuti rapat perkembangan pemain tersebut, bagaimanapun Spurs masih berkeras untuk tidak melepaskan penyerang berusia 26 tahun itu.

Sheringham semasa kariernya telah berhijrah dari White Hart Lane ke Old Trafford pada 1997. Keputusannya itu ternyata tepat dengan memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA serta trofi Liga Juara-Juara Eropah dan berliau percaya Kane perlu mengambil keputusan serupa untuk mendapatkan medal.

“Mungkin ada persamaan [antara saya dan Kane] tetapi perlu lihat juga di mana kedudukan Tottenham sekarang berbanding ketika saya bermain untuk mereka dahulu,” tambahnya lagi.

“Semasa saya di Tottenham, kelab ketika itu seperti tiada matlamat yang jelas dan segalanya serba tidak kena. Tetapi Tottenham ketika ini masih mampu bersaing merebut empat kedudukan teratas dan telah melangkah ke perlawanan akhir UCL musim lepas.

“Kane perlu membuat keputusan, sama ada akan ada pemain ternama datang ke Tottenham untuk bermain dengannya ataupun dia perlu pergi ke kelab lain untuk bermain dengan pemain-pemain ternama.

“Buat masa ini saya melihat kariernya di Spurs seakan-akan ‘terbantut’ dan dia wajar mempertimbangkan untuk berhijrah ke pasukan yang berpotensi untuk menjulang piala. Jika tahun ini Spurs masih tidak memenangi apa-apa, mungkin musim depan adalah waktu terbaik untuk dia berpindah.

“Harry hanya ada satu karier sahaja dalam hidupnya dan sudah tentu dia mahu memenangi sesuatu. Nasihat saya, janganlah dia sia-sianya peluang yang hanya datang sekali sahaja.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Harry Kane:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN