Sheikh Mansour Taja Penuh Perjalanan Penyokong Man City Ke Porto

Manchester City telah mengumumkan pemilik kelab yang merupakan keluarga Diraja Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menaja semua kos penerbangan penyokong-penyokong yang akan hadir menyaksika perlawanan akhir Champions League pada hujung minggu ini.

Inisiatif tersebut dikhususkan kepada penyokong yang mendapatkan tiket perlawanan yang diperuntukka kepada kelab

Covid-19 yang melanda telah menyebabkan kenaikkan harga tiket penerbangan di antara Portugal dan England, dan Sheikh Mansour memutuskan untuk meringankan beban penyokong dengan menaja bahagian paling mahal untuk penyokong menghadiri perlawanan akhir tersebut.

“Kos perjalanan disebabkan COVID, dtambah lagi dengan kos ujian PCR yang mahal, akan membebankan perjalanan untuk menghadiri perlawanan akhir. Inisiatif ini akan membantu meringankan beban penyokong yang layak mendapatkan tiket,” kata kelab tersebut melalui satu kenyataan.

“Disebabkan peraturan SOP COVID, majoriri penyokong yang mahu menghadiri perlawanan akhir bersejarah dan pertama kali untuk kelab, mereka perlu memenuhi semua peraturan perjalanan dalam tempoh 24 jam. Ini bermakna Putera Mahkora akan menaja ribuan penyokong City untuk ‘pakej perjalanan rasmi’ pada hari perlawanan diadakan.”

Bercakap mengenai inisiatif tersebut, Sheikh Mansour berkata: “Pep dan barisan pemain telah melalui musim yang menakjubkan sehingga berjaya mara ke perlawanan akhir Champions League selepas musim yang sukar. Ia juga adalah musim bersejarah untuk kelan. Disebabkan tu ia amat penting untuk kita memastikan seramai mungkin penyokong mampu menghadiri perlawanan akhir tersebut. Terutama untuk mereka yang sentiasa memberikan sokongan baik di saat baik dan sukar untuk bertahun lamanya.”

Pengurusi Kumpulan City, Khaldoon Al Mubarak pula berkata: “Cabaran yang akan dihadapi oleh penyokong menjelang perlawanan akhir itu nanti sangat banyak. Baik dari segi kewangan atau pun logistik. Kita berharap inisiatif dari Putera Mahkota ini membenarkan penyokong hadir dan mereka boleh menikmati hari tersebut tanpa risau akan kos perjalanan yang menjadi semakin tinggi disebabkan pandemik.”

 

Baca artikel menarik lain mengenai Man City:

5 Perlawanan Yang Mengubah Nasib Man City Musim Ini

Selepas Salah, Kini Riyad Mahrez Pula Jadi Ikon Kebanggaan Muslim Di Seluruh Dunia

5 Kelab Yang Mungkin Jadi Destinasi Sergio Aguero Yang Seterusnya

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN