Shebby Singh: “Akhyar Patut Sertai JDT, Selangor Atau Pahang Bukan Perlis”

Pengulas Foxsports dan juga pengkritk bola sepak tanah air, Serbegeth Singh atau dipanggil sebagai Shebby Singh tidak setuju dengan penghijrahan bintang muda dari Kedah, Akhyar Rashid ke pasukan singa utara musim depan.

Beliau bercakap kepada Berita Harian menyifatkan pasukan Perlis yang beraksi dalam saingan liga bawahan bukanlah destinasi terbaik sekirannya pemain skuad bawah 23 kebangsaan itu mengintai peluang bermain di tahap lebih tinggi.

“Saya tak percaya dia (Akhyar) akan menerima tawaran Perlis untuk beraksi di Liga FAM yang kita tahu liga berkenaan adalah saingan divisyen tiga Malaysia.

“Sepatutnya pemain seperti dia harus kekal beraksi di Liga Super bersama pasukan besar seperti JDT (Johor Darul Ta’zim), Selangor ataupun Pahang dan bukannya pasukan dari liga bawahan.

“Bukan saya nak memperkecilkan pasukan bawahan, cuma kita bimbang perkembangannya kerana kualiti liga bawahan tak sama dengan Liga Super yang lebih kompetitif.

“Bagi saya, Akhyar mesti ada cita-cita besar untuk bermain di liga lebih baik. Kalau dia terima, jelas sekali dia langsung tidak ada cita-cita dalam bola sepak,” katanya.

Akhyar Rashid sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke JDT. FOTO: AFF Suzuki

Akhyar tidak mungkin akan menyertai Perlis

Shebby turut berpendapat tindakan laman facebook rasmi Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) iaitu Northern Lions Perlis memuat naik gambar Akhyar bersama Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal hanya sebagai strategi marketing untuk menarik perhatian semua pihak.

“Seperti saya katakan tadi, saya tak percaya dia akan ke Perlis. Saya rasa PFA hanya memanipulasi gambar dan kenyataan di Facebook untuk menarik perhatian media saja,” katanya.

Kontroversi mengenai perpindahan Akhyar Rashid kepada pasukan menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan baru-baru ini apabila ejen kepada pemain itu meluahkan kekecewaan beliau dengan tindakan Akhyar menggunakan kaedah rundingan ‘pintu belakang’ dengan pasukan lain tanpa pengetahuan ejen tersebut.

Ejen Akhyar Rashid iaitu Wan Mohd Anwari daripada syarikat Marque Sports Management (MSM) mendedahkan sebuah kelab dari Thailand dan Jepun berminat untuk mendapatkan khidmat pemain skuad bawah 23 kebangsaan tersebut.

Namun begitu, perbincangan dengan kelab dari luar negara tersebut tidak dapat diteruskan kerana Akhyar difahamkan sudah mencapai persetujuan dengan pasukan lain dalam Liga Malaysia.

Beliau berkata dalam Sinar Harian mengesahkan kelab dari Liga Utama Thailand, Bangkok United dan sebuah kelab J-League Divisyen 2 sedang mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat Akhyar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN