Shebby Singh: ‘Jentera Tengah Harimau Malaya Perlu Sentuhan Nor Azam Azih’

Nor Azam Azih, Piala Airmarine

Ketika skuad kebangsaan tewas 0-1 kepada Kyrgyzstan baru-baru ini, kelihatan jentera tengah yang digerakkan oleh Kenny Pallraj dan Syamer Kutty Abba kekurangan impak berkesan.

Mereka berdua sememangnya berjaya mengurangkan dominasi pasukan lawan di zon middle third, namun impak dalam membantu jentera serangan dilihat sangat berkurangan dan minima.

Sebelum ini, ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe pernah mencuba pemain tengah JDT, Nazmi Faiz Mansor, namun dalam beberapa perlawanan berikutnya, nama Nazmi telah ditinggalkan.

Adakah Cheng Hoe sedang mencuba pilihan lain? Ataupun, dia sudah tidak berminat untuk menggunakan khidmat Nazmi Faiz?

Jika ingin mencuba pilihan lain, mengapa kelibat pemain tengah Pahang yang juga antara pemain terbaik di dalam skuad B-23 kendalian Datuk Ong Kim Swee, Nor Azam Azih tersisih?

Bercakap kepada Berita Harian, bekas pemain skuad kebangsaan, Serbegeth Singh menegaskan yang pemain berusia 23 tahun itu sewajarnya berada di dalam skuad kebangsaan.

Dan pastinya pendapat Shebby ini mendapat sokongan majoriti penyokong bola sepak tanah air. Ramai sudah tertanya-tanya, mengapa Cheng Hoe tidak memberikannya peluang.

Nor Azam Azih  Foto: Media PBNP

“Pada saya Nor Azam perlu ada dalam pasukan kebangsaan ke Piala AFF. Dia pemain tengah terbaik yang kita ada sekarang.

“Selepas saya menyaksikan perlawanan pasukan kebangsaan menentang Kyrgyzstan tempoh hari, kita tak menguasai bola di bahagian tengah dengan baik,” jelasnya.

Difahamkan Nor Azam ketika ini dalam sesi pemulihan akibat kecederaan hamstring yang telah dialaminya ketika saingan Piala Malaysia 2018 bersama Pahang.

Walaubagaimanapun, terdapat perkhabaran yang sebenarnya Nor Azam telah pun kembali pulih daripada kecederaan tersebut.

“Saya percaya kemahiran yang ada pada Nor Azam, dia boleh melakukan hantaran dengan baik dan menjadi penghubung antara tengah dan serangan jadi Tan Cheng Hoe perlu memanggilnya,” ujarnya lagi.

Nor Azam adalah antara tonggak penting skuad B-23 yang beraksi cemerlang di China pada awal tahun lalu apabila telah melakar sejarah melayakkan diri sehingga ke pusingan suku akhir.

Pemilik jersi nombor 20 pasukan Pahang itu juga membantu skuad B-23 layak ke pentas akhir Sukan SEA 2017 seterusnya meraih pingat perak selepas tewas tipis kepada Thailand.

Nor Azam juga turut membantu Tok Gajah menjuarai Shopee Piala FA selain meraih kedudukan ke-4 unifi Liga Super dengan sejumlah 29 penampilan dan turut menghasilkan dua gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN