Shaun Maloney Sertai Barisan Kejurulatihan Skuad Kebangsaan Belgium

Bekas pemain Scotland yang dilahirkan di Malaysia, Shaun Maloney dipilih menyertai barisan kejurulatihan skuad kebangsaan Belgium bermula pada minggu hadapan.

Maloney pernah beraksi dibawah kendalian ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez ketika membantu Wigan Athletic menjuarai Piala FA pada tahun 2013.

Pengalaman luas yang dimiliki oleh Maloney ketika beraksi  dengan kelab Celtic, Aston Villa dan Hull City ditambah dengan 47 kaps dengan skuad kebangsaan Scotland telah menyakinkan Martinez untuk membantu beliau kendalikan Belgium.

“Shaun tahu cara kami bekerja dan mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang kejurulatihan,” kata Martinez.

Maloney telah mengumumkan persaraannya daripada bermain bola sepak tahun lepas dan sempat menyertai akademi Celtic sebagai jurulatih skuad remaja.

Bekas bintang Arsenal dan penyerang Perancis, Thierry Henry masih kekal dalam barisan kejurulatihan Belgium dan sempat membantu Martinez ketika kejohanan Piala Dunia di Russia bulan lalu.

Difahamkan Henry telah menolak tawaran untuk mengendalikan sebuah kelab dari Ligue 1 Perancis, Bordeaux FC kerana gagal mencapai persetujuan dengan pemilik kelab tersebut.

“Kami juga ingin memaklumkan Thierry Henry telah membuat keputusan untuk kekal dengan Belgium. Beliau akan bekerja secara sepenuh masa dan akan membantu mengendalikan sesi latihan skuad kebangsaan,” jelas Martinez.

Ada beberapa sebab keputusan Henry enggan menggantikan Gustavo Poyet, tetapi Presiden kelab itu, Stephane Martin mengakui kelab itu sedang dalam proses untuk dibeli oleh konsortium dari Amerika Syarikat

“Ia banyak berkaitan dengan ketidakpastian di dalam kelab, tempoh perubahan yang mana ia tidak begitu positif,” kata Martin.

General American Capital Partners (GACP) dijangka melengkapkan pembelian kelab itu daripada konglomerat media Perancis, MG hujung bulan depan.

“Dia sangat meminati bola sepak,” kata Martin merujuk kepada Henry yang menjadi penolong jurulatih Belgium ketika Piala Dunia lalu.

“Dia mahu menjadi jurulatih dalam satu tempoh yang panjang. Ia bukan sekadar mahu mendapat perhatian saja.

“Pemain hebat sepertinya mahukan karier yang hebat juga sebagai jurulatih. Jadi mereka pasti mmembuat keputusan sebaik-baiknya.” jelasnya seperti dipetik dalam nation.co

Skuad Belgium akan menghadapi Scotland dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 7 September ini sebelum menentang Albania 3 hari kemudian dalam perlawanan pertama National League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN