Sharul Nazeem Kongsi Perasaan Dapat Peluang 10 Minit Aksi Bersama Skuad Kebangsaan

Pertahanan kebangsaan, Sharul Nazeem jelas gembira dengan penampilan sulung beliau bersama skuad kebangsaan dalam saingan King’s Cup ini setelah pertahanan tersebut diberi peluang oleh Kim Pan-gon untuk beraksi.

Beraksi pada 10 minit terakhir perlawanan, Sharul jelas memberi segala yang terbaik untuk mengekang pergerakan lawan selain tidak kekok bersama rakan sepasukan lain untuk membentuk sebarang gandingan.

Sharul yang menjadi pertahanan utama Selangor itu menjadi antara beberapa pemain yang mencipta aksi sulung bersama skuad kebangsaan selain Declan Lambert dan Azam Azmi Murad.

Ketika ditanya mengenai perasaan beliau mewakili skuad kebangsaan, pemain ini terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kejayaan Sharul.

Selain itu, Sharul juga berterima kasih kepada Pan-gon dan barisan kejurulatihan lain kerana memberi peluang untuk beliau mencipta penampilan sulung bersama skuad kebangsaan pada aksi semalam.

“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada keluarga saya serta para sahabat yang selalu mendoakan kejayaan diri ini.

“Dan saya juga nak ucapkan terima kasih pada pasukan kejurulatihan kerana memberi diri ini peluang untuk membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan.

“Walaupun saya hanya bermain selama 10 minit pada perlawanan tersebut, ianya merupakan sesuatu amat berharga kerana saya beraksi untuk Malaysia, jadi saya sangat gembira,” jelas Sharul.

Pada masa sama, pemain kelahiran Gombak ini menyimpan harapan untuk terus beraksi bersama skuad kebangsaan dan akan memberikan segala terbaik untuk Malaysia.

“Harapan saya Insyaallah, jika suatu masa lagi diberi ruang menerusi panggilan kebangsaan seterusnya, saya akan beraksi dengan lebih baik tanpa mengira posisi diletakkan,” ulas pertahanan muda tersebut.

Selain itu, Sharul turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong skuad kebangsaan yang tidak henti-henti bersorak untuk Harimau Malaya.

Tanp mengira penyokong yang hadir ke stadium atau menyaksikan di rumah, sambil menyatakan Malaysia sudah cuba membuat segalanya terbaik pada aksi semalam.

“Saya nak mengucapkan terima kasih kepada penyokong Malaysia yang sanggup datang ke stadium untuk memberi dorongan kepada kami serta mereka yang meyaksikan di rumah.

“Kami sudah cuba beraksi dengan terbaik, tetapi, perlawanan tersebut nyata bukan rezeki untuk kami memenanginya,” tambah Sharul.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN