Sharbinee Mahu Bantu Pahang Julang Kejuaraan

Penjaga gol Sharbinee Allawee Ramli menyatajan beliau sangat gembira dan teruja ketika tawaran daripada pasukan Pahang.

Sharbinee menganggap ia tawaran yang sangat baik daripada sebuah pasukan yang memiliki kualiti dan reputasi yan bagus seperti Pahang.

Beliau jelas sekali tak menyangka akan dapat menyarung jersi Tok Gajah bagi musim baharu Liga Malaysia.

Sharbinee menegaskan, beliau memang sudah lama berimpian untuk bermain dengan pasukan Tok Gajah. Ini kerana pasukan Pahang adalah pasukan yang memiliki reputasi yang sangat baik.

Bercakap kepada Harian Metro, Sharbinee berkata: “Saya anggap ia rezeki dan berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).”

“Tawaran diterima dengan hati yang terbuka kerana memang berhasrat untuk menabur bakti bersama Pahang dan impian itu akhirnya menjadi kenyataan.

“Saya juga amat berbesar hati apabila menjadi seorang daripada pemain yang akan memperkasakan pasukan untuk meraih kejayaan dalam saingan liga musim ini,” katanya.

Sharbinee sudah menjalani latihan bersama pasukan baharunya. Beliau menanam tekad untuk mempamerkan aksi terbaik, demi membantu Pahang mencapai kejayaan pada musim ini.

Beliau mahu membalas kepercayaan pengurusan Pahang dengan komitmen yang tinggi di atas padang.

Sharbinee akan bersaing dengan Helmi Eliza dan juga Daniel Wafiuddin, untuk merebut slot sebagai penjaga gol utama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN