Perpindahan pemain terus menjadi tumpuan penyokong tatkala setiap pasukan Liga Malaysia mempersiapkan pasukan masing-masing menjelang pra musim bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020.
Terbaru, ialah mengenai penjaga gol Sharbinee Allawee yang dilihat menjalani latihan bersama Pahang.
Melalui perkongsian di media sosial oleh pasukan itu di Facebook semalam, Sharbinee dilihat sedang giat menjalani latihan bersama skuad Tok Gajah.
Kehadiran penjaga gol berusia 32 tahun itu dilihat akan memperkuatkan skuad Tok Gajah yang sudah memiliki Helmi Eliza, Mohd Wafieyudin, dan Remezey Che Rose untuk posisi tersebut.
Pada musim lalu Ketua Jurulatih, Dollah Salleh sering kali melakukan pertukaran di antara Helmi dan Remezey untuk diturunkan di dalam kesebelasan utama.
? 3 Disember 2019
Sebahagian pemain Pahang FA di sesi latihan hari pertama bagi persiapan Liga Malaysia bagi musim…
Posted by Pahang FA on Tuesday, December 3, 2019
Sharbinee sebelum ini pernah beraksi bersama Terengganu dari musim 2006 sehingga 2012.
Berhijrah ke Selangor selama semusim, beliau bagaimanapun sukar untuk menempatkan dirinya di dalam kesebelasan utama apabila terpaksa bersaing dengan Norazlan Ramli pada ketika itu.
Sharbinee kemudian kembali menyertai Terengganu pada 2014, sebelum menyertai Kuala Lumpur pada 2018.
Aksi beliau bersama skuad warga kota terutamanya pada musim lalu adalah antara perkara positif yang dimiliki Kuala Lumpur sebelum tersingkir dari saingan Liga Super.
Pernah disahkan menghidap kanser darah sebelum ini, pemain itu membuktikan dirinya masih mampu beraksi di tahap tertinggi sebelum dilamar oleh Pahang pada musim ini.
Buat Sharbinee Allawee, selamat maju jaya kami ucapkan!