Sharbinee Allawee Dikesan Hadapi Kanser Paru-Paru, Perlu Berehat Panjang

Bekas penjaga gol Terengganu dan juga skuad kebangsaan, Sharbinee Allawee baru-baru ini telah disahkan menghidap penyakit kanser.

Sharbinee sebelum ini telah pun dikeluarkan dari skuad Liga Perdana Terengganu selepas dikesan mengalami masalah kesihatan, kini disahkan menghadapi kanser paru-paru.

Sering tidak sihat

Menurut laporan Arena Harimau Malaysia, Sharbinee dikatakan sering mengalami rasa tidak sihat sejak akhir-akhir ini.

Beliau bagaimana pun telah diberikan rawatan rapi oleh pihak Hospital Universiti Sains Malaysia sewaktu beliau dimasukkan ke hospital tersebut sekitar pada akhir bulan Februari.

Bagaimana pun, beliau telah pun dikesan mengalami kanser paru-paru selepas beliau dikesan mengalami jangkitan kuman di paru-paru beliau.

Sharbinee Allawee kini perlu menjalani rawatan kemoterapi sebagai sebahagian daripada usaha untuk merawat sakit yang dihadapi beliau.

Beliau merupakan penjaga gol untuk pasukan Terengganu selama 6 tahun dari 2006 hingga 2012 sebelum berhijrah ke pasukan Selangor pada tahun berikutnya.

Namun jodoh beliau bersama pasukan Lembah Klang itu tidak panjang, beliau kemudiannya kembali ke Terengganu untuk bersama pasukan tersebut sehingga tahun ini.

Kami di Semuanya BOLA mendoakan agar Sharbinee Allawee untuk kembali sembuh seperti biasa. Semoga cepat sembuh!

Baca juga: Sharbinee Allawee Dikeluarkan Dari Skuad Terengganu Akibat Masalah Kesihatan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN