Sharbinee Allawee Dikeluarkan Dari Skuad Terengganu Akibat Masalah Kesihatan

Penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee baru-baru ini telah disahkan dikeluarkan dari skuad Terengganu untuk baki musim Liga Malaysia ini.

Hal ini telah disahkan oleh pihak FMLLP menerusi hebahan media di laman Facebook rasmi mereka.

Sudah lama

Umum mengetahui yang Sharbinee telah menghadapi masa ini sejak awal bulan Februari apabila beliau dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.

Sharbinee yang ketika itu mengalami masalah dengan paru-paru terpaksa dimasukan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Oleh kerana itu, pasukan Terengganu terpaksa mengeluarkan nama beliau dari skuad Terengganu untuk baki saingan Liga Perdana 2017 musim ini.

Gambar: Asiana

FMLLP telah mengesahkan yang nama Sharbinee telah dikeluarkan dari senarai pemain skuad Terengganu untuk musim ini.

Terengganu juga telah memohon pihak FMLLP untuk memberikan kebenaran untuk mendaftarkan penjaga gol baharu untuk musim ini.

Terengganu kini ditangga kedua Liga Perdana dengan 15 mata – 3 mata dibelakang pendahulu Negeri Sembilan.

Kami di Semuanya BOLA mendoakan agar Sharbinee akan cepat sembuh dan kembali beraksi seperti biasa.

Baca juga: Mamu Jackson Bakal Jadi Jurulatih Pasukan Perlis?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN