Shaqiri Sindir Jersi PUMA Switzerland: Saya Harap Puma Tak Buat Kondom

Sesiapa yang bangun pagi seawal jam 3 pagi semalam mempunyai sebab lain untuk terhibur ketika Perancis seri 0-0 dengan Switzerland dalam saingan terakhir kumpulan A Piala Eropah 2016.

Meskipun tiada gol berjaya dijaringkan oleh kedua-dua pasukan, perlawanan semalam ‘diserikan’ oleh 4 jersi Switzerland yang koyak dan – buat kali pertama dalam sejarah Piala Eropah – bola yang bocor.

[adrotate group=”2″]

Dalam perlawanan tersebut, jersi Switzerland milik Granit Xhaka terkoyak 2 kali.

Jersi pemain sayap kiri Switzerland, Admir Mehmedi dan penyerang, Breel Embolo pula terkoyak sekali walaupun mereka terlibat dalam insiden tarik-menarik jersi yang kelihatan tidaklah begitu ganas.

Melihat insiden jersi Switzeland yang mudah koyak ini, pemain sayap kanan Switzerland, Xherdan Shaqiri menyindir PUMA dalam temuramahnya kepada akhbar Switzerland, Blick:

“Saya harap PUMA tak buat kondom.”

Breel Embolo turut menyindir PUMA dengan berkata:

“Kami ada beberapa masalah dengan jersi. Pengurus kit tak berapa bersedia, sedangkan kami sentiasa bersedia.”

Penjaga gol Switzerland bagaimanapun lebih bersikap diplomatik.

“Perkara ini boleh terjadi bila-bila dan di mana-mana. Ia bermakna kami berjuang di atas padang.”

PUMA dan Adidas malu

Ketika dihubungi oleh akhbar Britain, The Guardian, jurucakap PUMA memberitahu:

“5 pasukan menggunakan jersi kami dalam kejohanan ini sebelum ini tanpa masalah.”

PUMA kemudiannya menyalahkan kilang pembuatannya atas insiden ini:

“Ada satu batch benang yang rosak ketika proses pembuatan jersi, menyebabkan jersi tersebut lemah apabila siap dijahit.”

“Ia boleh berlaku apabila gabungan haba, tekanan dan masa tidak dijaga betul-betul ketika proses pembuatan. Jersi ACTV ini diperbuat daripada campuran bahan elastane dan polyester.”

“Benang yang rosak tersebut hanya digunakan untuk sebahagian kecil jersi home Switzerland.”

Adidas juga terpaksa menanggung malu apabila salah satu bola Beau Jeu mereka pecah ketika Valon Behrami mencabar Antoine Grizmann.

Bola Beau Jeu tersebut pecah apabila salah satu stud kasut bola Griezmann membocorkan bola tersebut. Harga runcit bola tersebut adalah RM440.00.

Dalam kenyataan rasmi mereka, Adidas menjelaskan mereka masih menyiasat punca sebenar kejadian:

“Insiden ini amat jarang berlaku. Kami masih belum tahu punca sebenar kebocoran bola Beau Jeu kami yang dipuji oleh banyak pihak.”

Seri 0-0 sudah memadai bagi Perancis dan Switzerland untul layak ke pusingan 16 pasukan terakhir Piala Eropah 2016.

Switzerland bakal bertemu dengan pasukan yang menduduki tangga ke-2 kumpulan C di Saint-Etienne pada Sabtu ini. Perancis pula akan bertemu dengan salah sebuah pasukan yang menduduki tangga ke-3 kumpulan di Lyon pada hari Ahad.

[adrotate banner=”9″]

Baca juga: Nike Perkenalkan Anti-Clog Traction; Kasut Bola Yang Halang Lecah Melekat Di Tapak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN