Shakir Hamzah: Kami Akan Cuba Kalahkan JDT Semula Nanti

Shakir Hamzah PMR JDT Kedah Piala Sumbangsih 2020

Pertahanan kental Kedah, Shakir Hamzah sangat berpuas hati dengan apa yang telah dipamerkan oleh pasukannya biarpun mereka gagal meraih kemenangan ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) dan menjulang kejuaraan CIMB Piala Sumbangsih 2020.

Kekalahan tersebut juga menyaksikan JDT meraih tiga mata penuh untuk aksi pertama CIMB Liga Super 2020 di stadium baharu mereka, Stadium Sultan Ibrahim.

Dalam aksi yang berlangsung sengit itu, Kedah akhirnya tewas tipis 0-1, hasil jaringan menerusi tandukan pertahanan, Mauricio pada penghujung babak pertama.

“Untuk kami, kami akan terus pandang ke depan, mungkin cuba menewaskan mereka dalam perlawanan seterusnya, kerana musim ini masih panjang,” ujar Shakir Hamzah yang ditemubual dalam post match reaction sejurus selepas perlawanan.

“Pada saya, mereka berjaya menenggelamkan kami di babak kedua. Tetapi, kami telah beri 100 peratus di dalam padang,” jelas pertahanan berusia 27 tahun itu.

Selain itu, pemain kelahiran Singapura itu juga yakin yang penyokong Kedah pastinya berpuas hati dengan persembahan yang telah dipamerkan oleh barisan pemain.

Aidil Sharin tampil dengan rombakan berani di jentera tengah apabila memasukkan Amirul Hisyam Awang Kechik untuk bergandingan bersama pemain muda, Fadzrul Danel dan memilih untuk merehatkan pemain import dari Filipina, Amin Nazari.

Ianya nyata berkesan apabila JDT tampak bergelut di babak pertama untuk menembusi kubu Kedah dengan penjaga gol, Ifwat Akmal hanya berjaya diuji oleh penyerang tuan rumah selepas hampir setengah jam perlawanan berlangsung.

“Saya sangat gembira dengan pasukan hari ini, kami beri 100 peratus dan saya yakin penyokong juga menyukai bagaimana kami bermain hari ini. Kami telah menyukarkan mereka tetapi, tahniah untuk JDT, mereka menang perlawanan ini,” ujarnya.

Menurut Shakir Hamzah lagi, Harimau Selatan jelas memiliki pemain-pemain yang berkualiti sementara Kedah pula bekerja sebagai satu pasukan serta bermain lebih baik berbanding JDT namun, tuah lebih memihak kepada tuan rumah.

Shakir Hamzah mempamerkan aksi sangat cemerlang di benteng dalam mengekang jentera serangan JDT yang diketuai oleh Diogo, Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid.

Walaupun berhasil mengatur banyak asakan ke kubu tuan rumah, namun JDT telah melakukan ‘kerja rumah’ yang baik apabila kental mengekang gandingan Kpah Sherman dan Kipre Tchetche yang seringkali cuba memburu jaringan gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN