Ejen kepada dua pemain Perak, Shakir Hamzah dan Azri Ghani, Joe Estrada Sports Agency seakan-akan memberi bayangan kedua-duanya bakal meninggalkan Perak.
Seperti yang diketahui, pemain pertahanan Singapura, Shakir Hamzah dan penjaga gol, Azri Ghani diwakili oleh Joe Estrada Sports Agency dan menurut perkongsian di InstaStory mereka, ia seakan-akan memberi bayangan yang kedua-dua pemain tersebut bakal mengaktifkan klausa tentang kegagalan pembayaran gaji pemain.
Ini akan membolehkan pemain meninggalkan pasukan sebagaimana yang dilakukan oleh Mohamadou Sumareh ketika meninggalkan Sri Pahang FC pada musim lalu.
Adakah benar kedua-duanya akan meninggalkan pasukan? Shakir Hamzah di laman Instagramnya turut bermain kata-kata tentang ‘masalah’ pasukan dengan kapsyen, “If you know, you know”, selepas mereka tunduk kepada Penang FC, malam tadi.
Selain itu, menambah lagi sensasi, sebuah laman Facebook, Seladang Black Side turut dilihat membuat perkongsian yang Shakir Hamzah dan Azri Ghani bakal meninggalkan pasukan. Ini adalah berikutan masalah tunggakan gaji yang dikhabarkan tiga bulan.
Masalah tunggakan gaji bukanlah isu baharu kerana sejak daripada permulaan musim dikatakan sudah berlaku, namun semua pemain dilihat masih bertahan di Perak.
Perak, oh, Perak. You demand three points and total professionalism, but you've not paid your players for quite a while. I honestly hope the players go public about this. There is no reason for you to hide; you're fighting your rights. #SpeakUp #EnoughIsEnough
— T. Avineshwaran (@avineshW90) April 4, 2021
Malah, wartawan The Star, T. Avineswaran turut menyelar perbuatan pengurusan Perak yang tidak membayar gaji pemain tetapi mahukan pemain untuk memberikan kemenangan buat pasukan. Katanya, “Saya harap pemain akan tampil ke depan.”
“Perak, oh, Perak. Anda mahukan pemain mendapatkan tiga mata dan bertindak profesional, tetapi anda gagal membayar gaji mereka untuk tempoh yang lama. Saya harap pemain akan tampil ke depan. Tiada sebab untuk anda mendiamkan diri, berjuang untuk hak anda,” ciapnya di laman Twitternya mengenai isu tersebut.
Sejauh mana kebenaran mengenai khabar angin ini? Jika ejen pemain sudah ‘memukul gendangnya’, maka mungkin ada kebenaran mengenai perkara ini.
Bukan sahaja di Perak, mungkin ada lagi pasukan lain yang melalui masalah yang sama, namun seperti biasa, pemain-pemain dan jurulatih di Liga Malaysia, selalunya mendiamkan diri apabila berdepan dengan masalah tunggakan gaji seperti ini.
KREDIT FEATURED IMAGE: Instagram Joe Estrada Sports Agency
Baca lagi artikel lain mengenai Perak FC, Shakir Hamzah dan Azri Ghani:
‘Bola Sepak Adalah Sukan Rakyat’ – Teguran ‘Makan Dalam’ Sultan Nazrin Kepada Pengurusan Perak FC
RASMI: Penantian ‘Yob-Yong’ Berakhir, Shakir Hamzah Sah Sertai Perak
3 Sebab Perak Boleh Dikatakan Bertuah Dapat ‘Rampas’ Azri Ghani