Shahrul Saad: Format Separuh Liga Beri Kesempatan Buat Perak

Shahrul Saad

Ketua pasukan Perak, Shahrul Saad, optimis skuad The Boss Gaurus mampu memberi cabaran sengit kepada pendahulu serta juara bertahan enam kali berturut-turut iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas mereka kini hanya ketinggalan dua mata untuk berada di tangga kedua liga.

Beliau turut beranggapan penggunaan format separuh liga yang akan diguna pakai sebaik saingan bermula September merupakan satu kesempatan buat Perak FA bagi mencabar kejuaraan CIMB Liga Super musim ini.

Tambahnya,format baharu ini dengan berbaki tujuh perlawanan untuk dilalui nyata satu kesempatan terbaik buat Perak menamatkan penantian kejuaraan kali pertama CIMB Liga Super sejak diperkenalkan pada tahun 2004 selain slot ke pertandingan Liga Juara-Juara (ACL) pada musim depan.

” Melalui format satu pusingan ini, saya rasa boleh jadi satu peluang kepada kami dalam cuba dapatkan sesuatu pada saingan Liga Super.

” Cuma tiada ruang untuk terlepas sebarang mata memandangkan tidak banyak perlawanan yang tinggal selain mengharapkan kami kena pastikan rentak yang sama mampu diteruskan seperti di awal musim.

” Namun apa yang akan menjadi kuncinya nanti ialah sejauh mana cepat pasukan boleh mendapatkan kecergasan selepas berehat panjang beberapa bulan, perkara ini juga jadi sedikit kebimbangan.

” Apa-apapun sama ada CIMB Liga Super atau TM Piala Malaysia, matlamat utama kami ialah mahu mendapatkan tiket ke pertandingan ACL dan Piala AFC selain memburu sebarang kejuaraan,” katanya.

Sebelum ini, Malaysian Football League (MFL) merancang meneruskan pertandingan CIMB Liga Super, Liga Premier pada 1-2 September 2020 dan akan berakhir pada 26-27 September 2020 dengan saingan secara separuh liga sahaja manakala TM Piala Malaysia pula akan berlangsung pada 17-18 Oktober 2020 hingga 7 November sementara Shopee Piala FA dan Challenge Cup dibatalkan.

FOTO: PKNP FC

Bagaimanapun perancangan itu masih tertakluk kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) apabila MFL akan mengemukakan permohonanan semula pada Jun ini.

Perak bermula cemerlang pada empat perlawanan awal CIMB Liga Super apabila belum merekodkan sebarang kekalahan menerusi dua kemenangan ke atas Terengganu FC (3-1), PJ City (2-0) dan dua keputusan seri berdepan Sabah (2-2) , Selangor (1-1).

Sebagai rekod,pencapaian terbaik Perak setakat ini pada saingan CIMB Liga Super adalah muncul dua kali naib juara pada 2006/07 dan 2018.

Dalam masa sama, Shahrul menganggap usaha MFL untuk meneruskan saingan Liga Malaysia sebenarnya sebagai satu usaha terpuji serta berita yang cukup melegakan kepada semua penggiat bola sepak.

Tambahnya, satu keperluan mustahak liga dapat disambung kembali buat pemain dan pegawai agar punca rezeki mereka tidak terjejas.

” Memang cukup menggembirakan saya dan rakan sepasukan yang lain sebaik dapat tahu liga kita tidak dibatalkan.

” Sekurangnya-kurangnya kami pemain masih boleh menerima gaji sehingga penghujung musim ini.

” Saya akui ini merupakan satu keputusan sukar buat MFL tetapi kita harapkan Liga Malaysia boleh bersambung pada September nanti, ” ujar Shahrul Saad lagi.

Kredit featured image: FA Kedah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN