‘Shahrul Nizam’ – Permata Kesayangan Kelab & Penyokong Terengganu

Sebut sahaja nama Shahrul Nizam Ros Hasni, pastinya ramai penyokong Terengganu atau pasukan lain cukup mengenali susuk tubuh ini yang begitu kebal selaku pertahanan utama Sang Penyu.

Menjadi antara pemain yang kurang dikenali pada awalnya, Shahrul Nizam tidak mengambil masa yang lama untuk memberikan impak cukup besar bersama Sang Penyu pada penampilan sulung di musim 2021 bawah kendalian Nafuzi Zain.

Menerusi perkongsian dibuat oleh laman Terengganu, Shahrul Nizam secara keseluruhan kini sudah pun mencipta 101 penampilan buat pasukan tersebut bersama kualiti cukup berkualiti.

Di saat kebanyakan pasukan lain giat menggunakan import di posisi pertahanan tengah, Shahrul Nizam membuktikan anak tempatan masih lagi mampu untuk mengetuai bahagian tersebut.

“Selepas menyertai pasukan Terengganu FC pada tahun 2021, Mohamad Shahrul Nizam bin Ros Hasni tidak menunggu lama untuk meyakinkan kelab ini bahawa kehadiran beliau bakal membawa impak luar biasa buat pasukan.

“Kerja keras yang dipamerkan oleh beliau sejak hari pertamanya menjalani latihan bersama pasukan ini menjadi bukti kenapa sehingga kini beliau adalah merupakan pilihan utama yang akan mengetuai bahagian pertahanan Terengganu FC dalam setiap perlawanan.

“Ini merupakan tahun ke-4 beliau bersama kelab ini dan perlawanan terakhir menentang Sabah FC tempoh hari adalah merupakan penampilannya yang ke-101 bersama Terengganu FC!

“Pemain yang sentiasa meletakkan semangat dan kesetiaan sebagai keutamaan, anda merupakan permata kesayangan kelab dan penyokong Terengganu FC! Keep Inspiring others Nijey,” puji laman tersebut.

Malah, pada usia masih muda beliau turut memegang tanggungjawab selaku kapten Sang Penyu musim lalu untuk menghadapi aksi domestik serta mencabar Asia.

Maka tidak hairan mengapa kebanyakan penyokong bola sepak Malaysia membuat pertikaian mengapa Shahrul Nizam masih gagal untuk mendapat tempat buat pasukan kebangsaan kini.

Di ruangan komen, pemain kelahiran Bachok, Kelantan ini membuktikan mengapa dirinya sentiasa disayangi penyokong dan dianggap sebagai permata pasukan tersebut.

“Ingat lagi first season banyak buat mistake dalam penalty, lening antara pemain pertahanan terbaik Malaysia. Mana lalang hok suruh out sokmo dulu, mu dok layok sokong ganu fc,” komen Ahmad Shamil Zuriman.

“Moga terus kekal bersama tfc dan menjadi lagenda seperti pemain luar main di terengganu seperti sapian wahid,joseph kalang tie dan ramai lagi,” ujar Kasma Kasma.

“Kalau kekal lama, maybe sebaris legend zulharisan awang dan marzuki yusof,” kata Izad Azwan mengenai Shahrul Nizam.

Apapun, kehadiran Shahrul Nizam ini wajar dijadikan inspirasi terbaik kerana beliau bermula dalam karier profesional dengan pelbagai kecaman disebabkan kualiti permainan tidak menyakinkan.

Perlahan-lahan Shahrul Nizam bangkit mendapatkan prestasi serta memastikan kesebelasan utama sebelum dirinya kini akhirnya dijulang oleh para penyokong Sang Penyu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN