Shahrom Kalam: Penang Adalah Pasukan Yang Seimbang Di Setiap Posisi

Shahrom Kalam Penang FC Seimbang

Dalam rancangan terbitan Astro, Nadi Bola, bekas pemain skuad kebangsaan, Shahrom Kalam mengakui Penang FC adalah pasukan yang seimbang di setiap posisi menjadikan prestasi mereka sangat baik saat ini.

Musim pertama kembali ke saingan Liga Super, Penang FC ketika ini sedang rancak bersaing untuk kedudukan kedua liga bersama Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC – sesuatu yang diluar jangkaan.

Kunci utama kejayaan mereka adalah keseimbangan yang dimiliki di setiap posisi. Tomas Trucha pernah mengakui perkara ini dan berterima kasih atas urus niaga baik oleh bekas pengendali, Manzoor Azwira.

Tomas Trucha Kredit ‘Urus Niaga’ Manzoor Azwira Pacu Prestasi Terkini Penang

Manzoor Azwira kini merupakan pembantunya disebabkan ketiadaan lesen Pro AFC yang menghalangnya untuk terus membimbing Harimau Kumbang di Liga Super walaupun beliau yang meraih tiket tersebut.

Begitupun, hasil gabungan kedua-dua pengendali berpengalaman ini juga dilihat berjaya menghasilkan keputusan yang diluar jangkaan seperti yang dilalui Penang FC setakat 20 perlawanan di liga setakat ini.

Tomas Trucha pasca menang ke atas Terengganu FC di pusingan pertama berkata, “Mereka membawa masuk pemain-pemain yang cukup untuk setiap posisi. Ada sesetengahnya, dua atau tiga pemain [untuk tiap posisi]. Semuanya [prestasi] adalah tentang taktikal, karekter pemain dan urus niaga pemain yang baik.”

Sejumlah 16 pemain baharu telah dibawa masuk Manzoor Azwira sebelum ketibaan Tomas Trucha untuk mengambil alih antaranya Danial Ashraf, Azwan Aripin, David Rowley dan juga Bryan See Tian Keat.

Ujar Shahrom Kalam, “Sebab itu dikatakan pasukan Penang ini pasukan yang seimbang di setiap posisi.”

Ini turut dipersetujui oleh Asmawi Bakiri yang berkata Penang FC adalah pasukan yang bergerak sebagai satu unit. Jelasnya, “Mereka ada ‘targetman’ di depan dan pergerakan mesti berlaku di sebelah kanan dan kiri serta perlu membuat hantaran lintang kerana 90 peratus jaringan Casagrande adalah menerusi tandukkan.”

“Ini adalah taktikal yang sentiasa berlaku untuk pasukan Penang dan ternyata ini salah satu pergerakan menyerang yang baik untuk pasukan Penang,” tambah Asmawi Bakiri lagi mengenai kekuatan mereka.

Penang FC akan berdepan Sri Pahang pada aksi malam ini dan jika mereka berhasil meraih kemenangan, mereka berpotensi memintas seketika kedudukan Kedah dan Terengganu ke tangga kedua Liga Super.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN