Shahrom Kalam: Pasukan Simpanan Bakal Hadirkan Persaingan Menarik Buat Pasukan Lain

Shahrom Kalam

Pertahanan berpengalaman yang kini berkelana ke Negeri Sembilan, Shahrom Kalam beranggapan kehadiran pasukan simpanan (Reserve Team) di Liga Premier sentiasa menjadi medan kepada pemain-pemain muda yang ingin mempamerkan kemampuan untuk mereka layak beraksi ke pasukan utama.

Beliau menafikan bahawa kewujudan lambakan pasukan pembangunan akan memudahkan laluan kepada pasukan lain yang ingin ke Liga Super 2021.

Hal ini kerana empat skuad Reserve Team ini disifatkannya bukanlah calang-calang di samping bakal menghadirkan persaingan menarik untuk pasukan seperti Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan lain-lain memburu tiket layak secara merit ke Liga Super 2021.

“Saya tidak bersetuju kalau nak kata saingan Liga Premier akan jadi tidak kompetitif musim ini kerana sewaktu saya di Felcra FC, pasukan seperti JDT II khususnya mampu beri saingan kuat menjadikan perlawanan yang amat sukar untuk kami.

“Tiada istilah jalan mudah untuk pasukan seperti kami di Negeri Sembilan dan skuad lain kerana masing-masing tetap ingin memburu kemenangan demi kemenangan.

“Saya tahu situasi sebenar dalam saingan Liga Premier berdasarkan pengalaman saya bersama Felcra melihat kepada kualiti yang ada dalam pasukan Reserve Team yang sentiasa menurunkan pemain-pemain hebat untuk kami hadapi,” jelas bekas pertahanan skuad kebangsaan itu.

Selain JDT II dan Terengganu FC II yang sudah beberapa musim beraksi di kancah liga tempatan, saingan Liga Premier 2020 akan disertai dua lagi pasukan baharu iaitu Selangor II dan Perak II selepas kedua-dua persatuan negeri tersebut memilih untuk mewujudkan pasukan simpanan mereka.

Kredit foto: Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan – PBNS

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN