Shahrom Kalam: Jangan Terlalu Yakin Saingan Di Liga Premier Mudah

Shahrom Kalam PKNS 2019 Latihan

Rekrut terbaharu Negeri Sembilan, Shahrom Kalam menyatakan biarpun akan ada empat pasukan berstatus ‘feeder club’ di Liga Premier pada musim hadapan, persaingan di sana, sebenarnya lebih sengit berbanding persaingan yang ada di Liga Super.

Pertahanan tengah berusia 35 tahun itu percaya setiap pasukan yang bersaing untuk tiket ke Liga Super miliki peluang yang sama dan setiap pasukan tidak boleh yakin yang mereka calon utama.

“Berdasarkan pengalaman saya, kita tidak boleh terlalu yakin akan layak ke Liga Super. Liga Premier adalah lebih susah daripada Liga Super. Ianya dari segi komitmen daripada setiap pasukan itu.

“Untuk Liga Super, semua pasukan akan lebih kepada taktikal dan kekuatan pemain-pemain itu sendiri tetapi di Liga Premier, sebagai contoh, saya perlu berlari tanpa henti. Kadang-kadang boleh jadi upset, di mana, pasukan di atas tidak boleh duduk senang,” ujar Shahrom Kalam ketika dihubungi oleh Semuanya BOLA.

Bekas kapten PKNS FC musim lalu itu mengakui ada menerima tawaran daripada beberapa pasukan lain, namun lebih tertarik untuk menyarung jersi Negeri Sembilan untuk musim 2020.

“Saya yang dapat tawaran daripada Negeri Sembilan,” tuturnya yang jelas bersyukur, kerana masih ada pasukan yang menagih kudratnya biarpun sudah boleh digelar sebagai pemain ‘otai’.

“Sebenarnya ada juga pasukan lain yang hubungi saya, tetapi saya lihat misi dan visi mereka kurang jelas. Tetapi, apabila pengurus Negeri Sembilan hubungi saya, penerangannya menarik minat saya,” tambahnya lagi sambil menyatakan yang Negeri Sembilan yakin dengan pengalamannya di Liga Premier sebelum ini.

Ketika ditanyakan mengenai persaingan bersama Norhafiz Zamani dan Matheus Vila untuk posisi pertahanan tengah, bekas tonggak skuad kebangsaan ini menjelaskan, ia satu cabaran buatnya.

“Ia satu cabaran buat saya. Saya tidak akan pergi ke pasukan yang saya mudah untuk mendapat kesebelasan utama. Kita kena ada persaingan sihat. Angah [Norhafiz Zamani] juga tidak akan selesa. Persaingan itu perlu dan baik untuk pemain,” terangnya.

“Selain itu, dengan adanya saya dan juga Angah sebagai pemain berpengalaman, pemain-pemain muda akan dapat belajar serta dia juga akan bersaing untuk tempatnya. Jadi, dia akan cepat belajar,” jelasnya lagi dan menyatakan skuad Rusa sudah memiliki asas yang kuat dengan mengekalkan sebahagian besar skuad musim lalu.

Kredit Foto: Negeri Sembilan FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN