Shahrom Kalam Dan Fandi Othman Perkuatkan FELCRA FC Musim Depan

Pendatang baharu Liga Perdana 2018, FELCRA FC ‘belanja besar’ apabila membawa masuk beberapa muka baharu yang berpengalaman untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Mereka berjaya mendapat khidmat beberapa pemain berstatus pemain kebangsaan seperti Shahrom Kalam (Perak) dan Fandi Othman (Melaka United) serta beberapa pemain berpengalaman yang pernah beraksi dalam Liga Super seperti Asrol Ibrahim dan Badrul Hisyam (T Team) serta Nizam Abu Bakar (PKNS FC.

Pada masa sama, mereka turut menandatangani 21 pemain untuk melengkapkan senarai yang akan membawa cabaran pasukan itu pada musim hadapan.

Selain itu, FELCRA FC bakal mendapat sentuhan ala samba apabila dibimbing jurulatih baharu daripada Brazil iaitu Tarcisio Pugliese.

Tarcisio akan dibantu oleh bekas pemain FELCRA FC yang juga bekas pemain kebangsaan, Fadzli Shaari.

“FELCRA FC mampu memberi cabaran kepada pasukan lain pada musim hadapan sekali gus meletakkan sasaran untuk berada dalam kedudukan lima terbaik dan layak ke Piala Malaysia,” kata kenyataan berkenaan.

Naib Presiden Felcra FC, Dato’ Hazian Murad bersama pemain baharu yang menandatangani kontrak untuk menyertai FELCRA FC.

FELCRA FC yang tewas di peringkat separuh akhir kepada Sime Darby FC dalam saingan Liga FAM musim lalu, layak secara merit ke Liga Perdana selepas lawannya itu menarik diri bagi saingan musim depan.

Bekas kapten pasukan Harimau Muda, Fandi Othman kini mengintai peluang untuk kembali membarisi skuad kebangsaan selepas sah menyertai FELCRA FC bagi saingan Liga Perdana musim hadapan.

Bekas pertahanan Johor Darul Ta’zim II (JDTII) itu, menyifatkan musim 2018 sebagai detik terbaik untuk dia memanfaatkan peluang beraksi bersama pasukan baharunya itu sekali gus membuktikan masih lagi mampu memikul tanggungjawab bersama skuad Harimau Malaya.

“Saya akan bekerja keras untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama bagi menaikkan semula nama saya dalam kancah bola sepak tempatan dan mengembalikan diri saya dalam radar skuad kebangsaan.

“Saya juga akan memberikan persembahan yang terbaik untuk membantu FELCRA FC bagi mencapai sasaran yang sudah ditetapkan pihak pengurusan,” katanya kepada berita harian.

Sementara itu, Timbalan Presiden FELCRA FC, Datuk Hazian Murad optimis betapa kemasukan beberapa pemain ternama yang memiliki pengalaman luas dalam Liga Super dapat membantu skuad The Rival itu memenuhi sasaran menghuni kelompok lima pasukan terbaik dan layak ke saingan Piala Malaysia.

“Saya melahirkan keyakinan yang tinggi dengan kemampuan setiap pemain dan barisan kejurulatihan yang baharu untuk mengharungi musim hadapan.

“Sudah pasti pasukan ini mampu untuk memberikan yang terbaik sekali gus mencapai sasaran yang kami inginkan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN