Shahril Sa’ari Mahu Elak Kesilapan Mudah Pada Aksi Berdepan Selangor

Penjaga gol Kuching City, Shahril Sa’ari pastinya kini menjadi antara pemain paling bersemangat untuk mengharungi aksi kedua suku akhir Piala FA musim 2024/2025 menentang Selangor pada Sabtu ini.

Apa tidaknya, ketangkasan penjaga gol itu sebelum ini berjaya memastikan Kuching City untuk meraih kemenangan tidak disangka ketika bertemu Selangor menerusi keputusan penuh 2-1.

Pada aksi lalu, Selangor terlebih dahulu membuka akaun jaringan mereka menerusi penyerang import dari Chile iaitu Ronnie Fernandez sebelum kelebihan tersebut dipadam menerusi kebangkitan tuan rumah di Stadium Negeri.

Dua jaringan Kuching City berjaya dihasilkan melalui pertahanan dari Nigeria, James Okwuosa serta Jordan Mintah pada pertengahan aksi separuh masa kedua.

Melihat kepada keputusan tersebut, sudah tentu Shahril dan rakan-rakan kini berada pada momentum terbaik untuk cuba meraih sekali lagi keputusan positif di gelanggang lawan.

Walaupun begitu, penjaga gol berpengalaman tersebut mengakui aksinya di hadapan gawang gol bakal menjadi tumpuan penting dalam usaha untuk menyekat setiap percubaan ditampilkan oleh lawan.

Malah, Shahril juga enggan mengulangi kesilapan sama ketika mereka melepaskan gol pertama pada aksi lalu kepada Ronnie sehingga menyaksikan Selangor terlebih dahulu memimpin perlawanan tersebut.

Disebabkan itu Shahril menyatakan rakan sepasukan lain juga memiliki tugasan penting untuk menggalas tanggungjawab bersama dengan mengelak sebarang kesilapan mudah serta membuka peluang buat lawan meraih gol.

“Kita tahu Selangor merupakan pasukan yang kuat lebih-lebih lagi beraksi di laman sendiri dan ini bukan perlawanan yang mudah untuk kita.

“Sejujurnya, apa yang boleh kita buat adalah mengelakkan kesilapan mudah di hadapan gawang sebab saya boleh katakan Selangor mempunyai barisan penyerang yang sangat merbahaya.

“Jadi, kalau mereka nampak sedikit ruang daripada kita, memang susah dan sebab itu pasukan harus lebih waspada untuk elak kesilapan sama berulang”, jelasnya menerusi laporan dikeluarkan oleh MFL.

Pada masa sama, Shahril juga menyatakan peluang untuk mereka melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA tidak mudah kerana Selangor dianggap gemar mencipta kejutan pada minit akhir perlawanan.

“Bagi saya, selagi kita boleh bertahan, kita kena bertahan dan apa sahaja yang datang walaupun dah minit akhir, kalau kita berdisiplin, InsyaAllah semuanya akan baik.

“Sesi latihan sekarang pun ada sedikit perubahan daripada jurulatih (Aidil Shahrin Sahak), tetapi beliau amat tekankan kepada keseluruhan pasukan, bukan individu”, katanya akhir sekali.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN