Shahrel Fikri Sedia Berhijrah Menyertai Kelab Luar Negara

Penyerang PKNP FC, Shahrel Fikri sedia menimbangkan tawaran dari kelab Liga Thailand dan mana-mana pasukan dari luar negara tanpa menghiraukan jumlah gaji yang rendah ditawarkan oleh kelab tersebut.

Beliau bercakap kepada Harian Metro, mempunyai impian untuk beraksi di luar negara untuk meningkatkan tahap permainannya.

“Saya difahamkan ada pemain kita yang tolak tawaran bermain di sana kerana gaji lebih rendah tapi saya pula tidak kisah kerana apa yang lebih penting adalah pendedahan,” katanya.

Minggu lepas, laman facebook rasmi PKNP FC, mengesahkan penyerang berbisa mereka, Shahrel Fikri sah telah menandatangani kontrak lanjutan 3 tahun bersama pasukan itu sehingga tahun 2020.

Menurut kenyataan itu, Shahrel Fikri merupakan tonggak utama pasukan PKNP FC bagi musim 2016 dan memikul tanggungjawab sebagai ketua pasukan pada musim 2017.

“Kontrak saya bersama PKNP tidak menjadi halangan kerana kami mempunyai persefahaman bersama mereka akan melepaskan saya jika menerima tawaran kelab lain.

“Jadi walaupun kontrak masih berbaki tiga tahun namun saya boleh meninggalkan PKNP bila-bila masa dalam tempoh itu dengan syarat mematuhi peraturan serta perjanjian.

“Ia bukan bermakna saya tidak menghargai jasa PKNP atau bersikap kacang lupakan kulit tapi saya nak cari pengalaman baru serta meningkatkan permainan,” katanya kepada Harian Metro.

Pemain Terbaik Anugerah Bola sepak Kebangsaan 2017 itu kini dalam proses untuk memulihkan kecederaan yang dialaminya sejak Oktober lalu.

“Keadaan tidak menentu mengenai masa depan saya baru-baru ini menyebabkan saya hilang fokus seketika hingga mengabaikan rawatan kecederaan.

”Selepas memutuskan untuk kekal bersama PKNP, mulai semalam, saya fokus untuk memulihkan kecederaan di ISN yang dijangka mengambil masa tiga minggu.

“Saya harap kecederaan ini pulih serta tidak berulang kerana ingin menguji sejauh mana kemampuan bersaing dalam Liga Super di samping membalas kepercayaan PKNP,” ujarnya.

Shahrel memenangi anugerah pemain terbaik bulanan PFAM-Asiana.my untuk Liga Premier sebanyak dua kali (Februari 2017 dan April 2017) untuk merangkulnya buat pertama kali pada Julai 2017.

Shahrel Fikri sebelum ini mengakui beberapa pasukan besar dalam Liga Malaysia cuba mendapatkan khidmat beliau. Namun penyerang berusia 23 tahun ini memberitahu yang beliau masih ada baki kontrak sehingga 2019 dengan PKNP FC.

Shahrel Fikri yang juga pernah dipanggil ke dalam skuad kebangsaan. Beliau berharap pada tahun 2018, beliau akan menjadi pemain penting dalam skuad Harimau Malaya.

Musim 2017 adalah musim yang akan diingati oleh penyerang bernama Shahrel Fikri. Beliau berjaya membantu PKNP menjadi pesaing kejuaraan Liga Premier dalam penampilan sulung mereka.

Lebih manis apabila PKNP FC diberikan tiket Liga Super 2018 bersama-sama dengan pasukan Negeri Sembilan. Ini selepas Felda United tidak memiliki lesen Liga Super dan T-team ditukarkan kepada Terengganu FC II yang menjadi kelab pembekal kepada pasukan Terengganu FC I.

Jika ada satu tema yang menggambarkan kehidupan Shahrel Fikri sebagai pemain bola sepak profesional, tema ‘bangkit dari bawah’ mungkin paling tepat baginya.

Pernah disisihkan dari skuad kebangsaan bawah-23 kerana mempunyai masalah jantung, beliau bangkit untuk membantu PKNP FC memburu slot Liga Super 2018 pada musim ini dengan siri persembahan cemerlang di depan gol sehingga dipilih memasuki skuad kebangsaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN