Shahrel Fikri Sasar 6 Mata Untuk Baki 2 Perlawanan Negeri Sembilan

Penyerang berbisa Negeri Sembilan, Shahrel Fikri mempunyai sasaran tersendiri bersama pasukan tersebut untuk baki dua perlawanan akan datang sebelum saingan Liga Super 2023 tamat.

Musim ini menyaksikan Negeri Sembilan menjadi antara pasukan paling tidak menyakinkan selepas mereka bermula dengan begitu cemerlang pada musim lalu bersama prestasi cukup gah.

Hadir dengan persiapan sedikit sederhana, Negeri Sembilan gagal mempertahankan kecemerlangan mereka seperti musim lalu sehingga pasukan tersebut mendapat kritikan menerusi media sosial dalam kalangan peminat.

Malah, Negeri Sembilan juga turut tidak terlepas daripada masalah tunggakan gaji sebelum ini sehingga ia memberi kesan kepada motivasi serta corak permainan pasukan tersebut.

Menjelang penghujung musim 2023, pasukan tersebut mula tampil dengan siri kebangkitan selepas mereka berjaya mencipta kemenangan 2-0 mengatasi PDRM.

Salah seorang pemain mereka, Shahrel Fikri dilihat bersemangat ketika ini untuk cuba membantu pasukan tersebut meraih kedudukan lebih baik sebelum saingan Liga Super 2023 tamat.

Jelas Shahrel, ketika ini beliau enggan untuk memikirkan masa depan dirinya bersama pasukan tersebut bersama Negeri Sembilan dan memberi fokus untuk baki dua perlawanan akan datang.

“Berkaitan kedudukan saya bagi musim hadapan belum ada apa-apa lagi setakat ini dan belum ada mana-mana pasukan (baharu) lagi.

“Fokus saya buat masa ini adalah untuk bantu Negeri Sembilan menamatkan kempen musim ini dengan keputusan yang baik dan memenangi dua baki perlawanan iaitu dengan Kelantan United FC dan Kuching City FC,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Shahrel juga menaruh keyakinan tinggi skuad Hoben Jang Hoben mampu menamatkan persaingan Liga Super musim ini di tangga kesembilan.

“Setakat ini Negeri Sembilan hanya boleh memburu pencapaian di tangga kesembilan liga kerana pencapaian lebih tinggi daripada itu sudah tertutup,” katanya akhir sekali.

Berdasarkan prestasi semasa ditampilkan Shahrel, berkemungkinan besar akan ada pasukan lain lebih awal melamar khidmatnya untuk memperkukuh aspek serangan jika Negeri Sembilan lambat untuk melanjutkan kontrak pemain tersebut.

Hadir dengan reputasi cukup tinggi, Shahrel musim ini sahaja sudah pun meledak enam gol buat Negeri Sembilan biarpun diheret dengan isu kecederaan pada pertengahan musim.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN