Shahrel Fikri Bakal Ke Selangor Musim Hadapan?

Aksi cemerlang sebagai ‘game changer’ menentang Kemboja dalam kemenangan 1-3 Malaysia semalam antara persembahan terbaik Shahrel Fikri dalam karier beliau.

Shahrel Fikri masuk ke dalam padang dan mencetuskan gol pertama. Beliau kemudian melakukan assist untuk gol-2.

Manakala pada masa kecederaan, Shahrel Fikri melengkapkan malam gemilang beliau dengan jaringan yang membunuh sisa perjuangan Kemboja.

Shahrel Fikir pastinya akan menjadi nama yang akan kekal dalam ingatan Keisuke Honda. Pemain yang menjadi instrumental bagi merosakkan malam debut beliau.

Kemboja mendahului 1 gol pada separuh masa pertama, namun kemasukan Shahrel Fikri pada separuh masa kedua membantu kebangkitan 3 gol pasukan Malaysia.

Sebaik sahaja tamat perlawanan semalam, beliau memberikan bayangan bahawa beliau sedang menuju ke Selangor pada musim 2019.

Beliau membalas komen salah seorang pemain Selangor, Ashmawi Mohd Yakin di instagram. Pemain Selangor tersebut kemudiannya mengucapkan selamat datang kepada beliau.

Shahrel Fikri kini dalam tempoh pinjaman di kelab Thailand, Nakhon Ratchasima.

Beliau menempa nama dengan pasukan PKNP FC dan menjadi antara penggempur yang konsisten menyumbang gol ketika di Liga Premier dan Liga Super.

Namun begitu tak dipastikan sama ada Shahrel Fikir benar-benar memaksudkan akan menyertai skuad bola sepak Selangor pad 2019. Mungkin komen itu ada maksud lain?

Apa pandangan anda semua?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN