Shahrel Fikri Antara Pemain Perlu Diberi Tumpuan Buat Kem Sri Pahang

Penyerang PDRM iaitu Shahrel Fikri antara yang tampil begitu menyerlah sejak beberapa perlawanan lalu buat pasukan tersebut, dan dianggap mampu memberikan impak besar pada aksi bertemu Sri Pahang hari ini.

Berkunjung ke Temerloh, PDRM hadir dengan status pelawat untuk mencari kemenangan kali ketiga berturut-turut di pentas Liga Super 2024/2025.

Terdahulu, skuad kendalian P. Maniam itu berjaya mengekalkan aksi cukup positif apabila mereka langsung tidak mencatat kekalahan setelah mengharungi tiga aksi liga.

Tiga aksi itu membabitkan perlawanan antara PDRM menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi keputusan seri, serta dua kemenangan berturut-turut ketika menghadapi Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur City (KL City).

Sementara Sri Pahang pula, pasukan ini tampil sedikit perlahan apabila mereka hanya merekodkan dua seri bersama satu kekalahan pada tiga aksi terakhir dihadapi.

Entah di mana silapnya, skuad kendalian Fandi Ahmad seolah menghadapi isu konsistensi di atas padang walaupun memiliki ramai pemain berkualiti di segenap posisi.

Kali terakhir mereka mendapat kemenangan pada 11 Mei lalu ketika beraksi di halaman sendiri untuk menewaskan cabaran Kelantan Darul Naim (KDN) hasil ledakan Manuel Hidalgo.

Melihat pada aksi hari ini, sudah tentu Tok Gajah enggan meratapi keputusan negatif dengan peningkatan prestasi dan hasil yang lebih baik ditagih oleh para penyokong ketika bertemu PDRM.

Walaupun begitu, dijangka PDRM tidak akan memberi laluan mudah dengan Maniam sudah tentu akan meletakkan barisan kesebelasan utama terbaik untuk membenam cabaran utama tuan rumah.

Antara pemain tumpuan pada aksi hari ini sudah tentu membabitkan bekas penyerang Harimau Malaya iaitu Shahrel Fikri yang sejak kebelakangan ini tampil berbisa buat The Cops.

Musim ini menyaksikan Shahrel sudah pun membuka dua akaun jaringan bersama kelab tersebut daripada tujuh perlawanan di peringkat domestik.

Walaupun hanya meraih dua gol, secara dasarnya Shahrel berjaya memberikan impak cukup besar terutama membabitkan kualiti permainan bersama rakan serangan lain yang lebih agresif.

Kelincahan serta kepantasan dimiliki Shahrel jelas bukan suatu yang boleh dipandang mudah pertahanan Sri Pahang malam ini selain kemampuan beliau untuk mencipta persefahaman baik bersama Bruno Suzuki serta Ifedayo Olusegun di atas padang.

Fandi Ahmad pastinya menyedari akan kualiti pemain tersebut dan sudah tentu ada perancangan khusus dilakukan beliau bersama rakan sepasukan lain pada hari ini untuk menghentikan momentum pelawat.

Bagaimana pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN