Shahrel Fikri Ada Peluang Rebut Trofi Kasut Emas & Jadi Peledak Berbisa Musim Ini

Shahrel Fikri Perak Pahang Liga Super 2020 kasut emas

Empat gol pemain Perak, Shahrel Fikri ketika menang 5-1 ke atas FELDA United pada hujung September lalu membantunya mendahului carta penjaring terbanyak CIMB Liga Super dan berupaya memenangi trofi Kasut Emas pada saingan musim ini.

Dengan 10 gol terkumpul, beliau berada satu gol di depan penyerang Selangor, Ifedayo Olusegun (9 gol), Dominique da Sylva (Terengganu – 8 gol), Kipre Tchetche (Kedah) dan Safawi Rasid ( Johor Darul Ta’zim), masing-masing dengan 7 gol.

Safawi Rasid mungkin sudah terkeluar daripada persaingan apabila telah memeterai kontrak pinjaman setahun bersama kelab Primeira Liga di Portugal, Portimonense SC, beberapa hari lalu. Kini, Shahrel Fikri menggalas tugas penyerang tempatan berbisa.

Mengakui ianya bukan satu tugas bukan dek kerana bersaing bersama penyerang import, Shahrel Fikri yakin rakan-rakan sepasukan akan membantunya untuk terus menjaringkan gol dan mensasarkan dua gol jika beliau mahu meraih trofi Kasut Emas.

Katanya, “Peluang saya masih tipis sebab masih ada dua pesaing dari Selangor [Ifedayo] dan Terengganu [Dominique]. Mereka mempunyai sembilan dan lapan gol.

“Mahu atau tidak, mungkin saya lebih berpeluang untuk meraih Kasut Emas sekiranya saya menjaringkan dua gol ketika berdepan Kedah. Mereka lebih handal kerana mereka merupakan pemain import, mempunyai keyakinan yang lebih tinggi.

“Tetapi kelebihan saya ialah sokongan padu daripada rakan sepasukan,” ujarnya yang merupakan antara peledak tempatan yang berbahaya bersama PKNP FC di saingan Liga Premier 2017 dengan 11 gol ketika itu kepada wartawan Nadi Arena.

Selepas itu, dek kerana kecederaan dan kurang mendapat tempat selepas menyertai kelab Thai League 1, Nakhon Ratchasima (pinjaman semusim) serta Perak pada musim lalu, beliau mula mempamerkan taringnya pada saingan musim ini.

Mula mendapat kepercayaan pengendali, Mehmed Durakovic untuk menerajui jentera serangan Perak bersama pemenang Kasut Emas di Liga Premier 2017 bersama Kuala Lumpur, Guilherme de Paula, Shahrel Fikri mula menempa namanya di carta.

Kali terakhir Anugerah Kasut Emas dimenangi oleh penyerang tempatan adalah pada 2011 menerusi pemain Terengganu, Abdul Hadi Yahya yang meraih anugerah itu dengan 20 gol – membantu pasukannya meraih kedudukan kedua liga.

Selain berpeluang menjadi penyerang tempatan berbisa kedua memenanginya dengan kelibat import di saingan Liga Super selepas Indra Putra Mahayuddin (musim 2004), Shahrel Fikri juga berpeluang mencipta rekod jaringan paling rendah dihasilkan.

Musim lalu, Kpah Sherman yang beraksi bersama PKNS FC menjadi pemenang Kasut Emas dengan rekod jaringan terendah iaitu dengan 14 gol dan hasil 10 gol setakat ini, mungkin Shahrel Fikri bakal mencipta rekod sekiranya gagal melepasi angka itu, esok.

KREDIT FEATURED IMAGE: PERAK TBG

Baca lagi artikel mengenai Shahrel Fikri dan Kasut Emas:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN