Shahidan Kassim Mahu Kembali Jadi Presiden Perlis FA

Sudah lama peminat bola sepak tempatan tidak mendengar ngauman pasukan singa utara iaitu Perlis yang pernah digeruni lawan suatu ketika dahulu.

Krisis kewangan yang melanda pasukan itu telah menyebabkan mereka berdepan risiko untuk dibubarkan buat sementara waktu kerana itu merupakan jalan terakhir yang terpaksa diambil persatuan tersebut jika mereka tidak mampu untuk meneruskannya lagi.

Malah, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini telah mengarahkan Perlis FA membayar tunggakan gaji kepada 29 orang pemainnya dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan tersebut.

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh PFA kepada 29 pemain ini ialah sebanyak RM461, 500.

Justeru itu,  Ahli Perlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim telah menyatakan kesediaan beliau untuk mengambil alih pengurusan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) bagi menyelesaikan isu kewangan dan mempunyai keinginan untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan singa utara.

Beliau berkata kepada Berita Harian menjelaskan sehingga hari ini masih menunggu pelawaan daripada persatuan bola sepak negeri itu bagi mengisi jawatan presiden yang dikosongkan bekas Ahli Parlimen Kangar, Ir Shaharuddin Ismail.

“Tiada siapa yang jumpa saya dan masing-masing hanya ceritakan masalah saja kepada media mengenai kemelut yang melanda.

“Kalau mereka (PFA) jumpa, sudah pasti saya akan kembali menerajui bola sepak Perlis malah sudah bersiap sedia sepanjang masa,” katanya.

Shahidan Kassim pernah menerajui Perlis FA ketika zaman kegemilanganya.

Shahidan berkata, kesungguhannya untuk kembali menerajui PFA bukan angan-angan atau omong kosong.

“Ini juga sebahagian daripada manifesto Barisan Nasional (BN) Perlis iaitu untuk mengembalikan kegemilangan Singa Utara dalam saingan Liga Malaysia.

“Walaupun kini Singa Utara sedang berdepan kemelut, kami akan selesaikan ia satu-persatu dengan berhemah,” katanya.

Perlis sebelum ini merupakan antara pasukan gergasi bola sepak negara apabila pernah memenangi pelbagai kejuaraan di peringkat domestik seperti Piala Malaysia pada 2004,2006 dan Liga Super pada tahun 2005.

Era selepas milenia, kita menyaksikan kehebatan pasukan ini menjadi ‘giant-killer’ yang merobek ego pasukan yang besar di Malaysia.

Perlis adalah pasukan yang berjuang dengan cara bola sepak mereka sendiri. Mereka kerap hadir dengan status ‘underdog’ dengan tekanan sangat rendah di dalam padang.

Setelah mengecapi pelbagai kejayaan dalam saingan Liga Malaysia, pasukan ini yang dahulu mempunyai ramai penyokong tiba-tiba berubah dan mengalami kemerosotan yang teruk.

Antara barisan pemain Perlis yang masih setia walaupun tidak menerima gaji selama lebih 4 bulan. FOTO: PFA

Pada musim 2011, mereka tersingkir ke Liga Premier untuk musim 2012. Mereka pernah beraksi di Liga FAM pada 2015. Liga yang tidak sepatutnya untuk mereka beraksi. Penyokong mereka sangat kecewa dengan penstrukturan yang lemah oleh pengurusan persatuan itu.

Sejak itu, nama pasukan Perlis tidak lagi digeruni dan malah penyokong bola sepak tempatan hampir ‘terlupa’ terdapat satu lagi pasukan bola sepak negeri dalam peta bola sepak Malaysia. Ya, nama pasukan bola sepak Perlis semakin dilupai oleh generasi kini dan seolah-olah hilang terus dari radar Liga Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN