Shahidan Kassim Ganti Annuar Musa Sebagai Penaung KL City

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim telah menggantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai penaung bagi Kuala Lumpur City (KL City).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pihak kelab, KL City, pihak Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) menerusi presidennya iaitu Khalid Samad telah menawarkan posisi itu kepada Shahidan.

”Sebagai Presiden KLFA, saya berbesar hati untuk mengumumkan Datuk Seri Shahidan telah bersetuju untuk menerima tawaran sebagai Presiden KL City FC sepanjang tempoh beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

”Ini membuktikan yang sukan terutamanya bola sepak sebagai wadah penyatuan di mana individu yang mempunyai pegangan politik berbeza seperti saya dan Shahidan boleh bersatu demi kemajuan bola sepak Kuala Lumpur,” kata Khalid dalam kenyataan rasmi kelab.

Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau menggantikan Annuar yang kini menjadi Menteri Komunikasi & Multimedia. Sebelum ini, Annuar adalah Menteri Wilayah Persekutuan sebelum Shahidan.

Shahidan sememangnya merupakan nama yang tidak asing dalam kancah politik Malaysia. Namun begitu, beliau juga utuh dalam arena sukan negara.

Pelantikan beliau sebagai penaung KL City yang baharu tidak pasti dapat diterima baik oleh penyokong atau tidak kerana faktor Shahidan sebagai orang politik.

Jadi, adalah perlu untuk Shahidan menjalankan tugas dengan baik serta memacu KL City sebagai kelab terulung negara. Jika itu tidak dilakukan, penyokong akan cepat menjadikan beliau sebagai sasaran.

KL City akan bertemu PSM Makassar esok dalam perebutan gelaran juara zon ASEAN bagi Piala AFC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN