Kevin Ramalingam: “Stadium Shah Alam Venue Final Piala FA 2017”

Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam memberitahu bahawa Stadium Shah Alam sekali lagi akan menjadi venue untuk menganjurkan final Piala FA 2017.

Perlawanan final Piala FA 2017 dijadualkan berlangsung pada 20 Mei hadapan.

Pemilihan Stadium Shah Alam kerana kapasiti stadium tersebut yang besar dan sesuai untuk menampung jumlah kehadiran penyokong yang ramai pada final.

FMLLP yakin jumlah kehadiran untuk final Piala FA musim ini akan terus kekal pada paras sekitar 80,000 penyokong.

Stadium Shah Alam bukanlah venue asing untuk penganjuran final pertandingan domestik sejak ia siap dibina pada 1994.

Namun pada awal musim 2017, Stadium tersebut hanya dibenarkan menganjurkan bola sepak di bawah kelolaan FMLLP untuk sebelah petang sahaja.

Ini kerana pencahayaan lampu limpah stadium tersebut yang tidak mencapai piawaian yang ditetapkan oleh FMLLP.

FMLLP menetapkan tahap pencahayaan lampu limpah hendaklah minimum 1,500 lux. Pihak pengurusan Stadium Shah Alam sebelum ini memeberitahu bahawa aspek pencahayaan ini akan selesai pada April 2017.

Piala FA 2017 kini dalam fasa suku akhir. 3 perlawanan sudah berlangsung pada Jumaat. 3 pasukan sudah pun mengesahkan kemaraan ke separuh akhir iaitu Kedah, Terengganu dan juga Negeri Sembilan.

Manakala 1 lagi perlawanan suku akhir tumpuan akan berlangsung pada Ahad ini. Ianya melibatkan JDT dan Pahang.

Baca juga: Analisis Taktikal: Pertarungan Direct Football Di Antara Negeri Sembilan Dan Sabah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN