Skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) telah pun tiba semalam di Tashkent, Uzbekistan bagi mengharungi saingan Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung pada 1 Jun ini dengan Brad Maloney mengekalkan pemain sama ketika aksi Sukan SEA lalu.
Walaupun mendapat kritikan segelintir pemerhati bola sepak negara kerana enggan menambah tenaga baharu dalam skuad muda kebangsaan, Maloney tetap dengan pendirian beliau yang percaya barisan pemain beliau mampu melakar keputusan positif dalam kejohanan tersebut.
Skuad Malayan Tigress B-17 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.
Skuad kendalian Kok Keng Lin itu berjaya merangkul Naib Juara Kejohanan UEFA Assist Girls B-17 Ulaanbaatar 2022.#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress pic.twitter.com/HinJVEhVnq
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 29, 2022
Maloney juga nyata amat gembira kerana dua pemain tonggak dalam pasukan kendaliannya iaitu Mukhairi Ajmal dan Nik Akif Syahiran berjaya dikekalkan dalam senarai kali ini untuk mengharungi misi getir berdepan perlawanan yang jauh lebih sukar berbanding sebelum ini.
Menurut pengendali dari Australia itu, kedua pemain tengah kreatif tersebut berkemungkinan besar bakal menjadin pilihan beliau untuk digandingkan bersama dalam kesebelasan utama.
Selain itu, Maloney juga menyatakan setiap pemain mempunyai peluang sama rata untuk diberi peluang beraksi kerana mereka bakal dinilai berdasarkan sumbangan dalam setiap perlawanan yang diharungi.
Tahniah!
Harimau Malaya B-22 kendalian Brad Maloney berjaya layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan selepas muncul juara Kumpulan J, saingan kelayakan di Ulaanbaatar, Mongolia mengatasi Laos, Mongolia dan Thailand.#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/dpTK3uNpgu
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 31, 2021
“Setiap pemain berpeluang dan kedua-dua pemain ini adalah pemain utama dan sangat bagus mereka juga tersedia untuk pemilihan
“Kami akan mengambil setiap perlawanan mengikut meritnya sendiri, supaya perlahan-lahan membentuk apa yang kita panggil kesebelasan utama tetapi buat masa ini agak awal untuk mengatakannya,” katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Dalam masa sama, Maloney turut mengakui beliau mengalami kesukaran untuk menentukan barisan terbaik dalam kesebelasan utama kerana setiap pemain mempunyai kelebihan masing-masing dan sentiasa menunjukkan persaingan sewaktu sesi latihan.
“Setiap pemain mempunyai peluang berlawan dan terdapat banyak persaingan dalam kumpulan ini walaupun ketika latihan…semua pemain sentiasa mahu menunjukkan mereka layak berada dalam kesebelasan utama,” katanya.
Selain Nik Akif dan Mukhairi, beberapa lagi tonggak yang dilihat menyerlah bersama skuad kendalian Maloney ialah Syafik Ismail, Ubaidullah Shamsul, dan juga Aiman Afif di posisi tersebut.
Siaran Media: Senarai Akhir 23 Pemain Skuad B-23 Kebangsaan Ke Piala Asia B-23 2022 Di Uzbekistan
Berikut senarai akhir pemain dipilih oleh ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney.
Baca penuh siaran media ini di https://t.co/Q7SnEc3eGR#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/CqP1bPkHt6
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 28, 2022
Barisan serangan juga dijangka bakal mempamerkan sesuatu berbeza kali ini setelah Mukhairi sebelum itu ada mendedahkan Luqman dan Hadi menjalani latihan tambahan untuk menajamkan posisi tersebut bagi memburu gol.
Skuad kendalian Maloney bakal bertemu lawan pertama mereka iaitu juara bertahan, Korea Selatan pada 2 Jun ini diikuti Thailand dan Vietnam dalam aksi peringkat Kumpulan C.