‘Setajam Pedang Samurai’- Aksi Sulung Kunimoto Wajar Terima Pujian

Tonggak tengah serangan baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Takahiro Kunimoto berjaya membuktikan dirinya antara pemain paling berbaloi ditandatangani pasukan tersebut pada musim ini.

Tampil dalam perlawanan sulung berdepan Kelantan bagi saingan kedua Piala Malaysia 2023, Kunimoto telah pun meledak dua gol untuk memastikan JDT layak ke suku akhir menerusi keputusan 10-0 di laman sendiri.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Kunimoto diletakkan dalam senarai kesebelasan utama bawah kendalian Esteban Solari untuk memberi kelebihan buat kreativiti serangan pasukan.

Hasilnya, pemain dari Jepun itu berjaya memberi dimensi baharu buat pasukan itu daripada segi ketenangan dalam menghadapi tekanan lawan, serta tajam di hadapan jaringan.

Dua jaringan Kunimoto terhasil pada minit ke-24 serta 37 untuk membuktikan kepada para penyokong Harimau Selatan, beliau layak untuk mewakili pasukan tersebut musim ini.

Rata-rata para penyokong JDT jelas meluahkan rasa sangat puas hati kepada Kunimoto menerusi media sosial dengan pelbagai pujian dihamburkan buat pemain berusia 25 tahun itu.

Walaupun begitu, beliau tidak beraksi penuh bersama JDT pada perlawanan tersebut selepas khidmatnya direhatkan oleh Solari pada minit ke-57 untuk memberi ruang kepada Daryl Sham.

Apapun, ianya menjadi malam bersejarah buat Kunimoto serta JDT selepas kemenangan besar berjaya dilakar pasukan itu selepas membenam cabaran Kelantan dengan keputusan penuh 15-1 secara agregat.

Untuk aksi ini sahaja, JDT berjaya meraih 10 gol secara keseluruhan bersama kualiti permainan yang sukar untuk dipertikaikan mana-mana pemerhati bola sepak tempatan.

10 jaringan JDT terhasil menerusi dua gol daripada Kunimoto, hatrik daripada Bergson, Juan Muniz, Daryl Sham, Heberty Fernandes, Arif Aiman Hanapi, serta Aysar Hadi

Malah, ini juga menjadi rekod jumlah jaringan paling besar pernah direkodkan musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), selepas JDT memintas jumlah lapan gol daripada Terengganu.

Kelantan pula, mungkin ini malam paling mengerikan pernah dihadapi pasukan tersebut selepas tampil dengan begitu longlai sejak tiupan awal wisel permainan dibunyikan.

Tampil dengan begitu ramai pemain muda yang membarisi pasukan tersebut, pastinya ini menjadi pengajaran paling berguna buat The Red Warriors (TRW) untuk menjadi lebih matang pada masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN