Sesi TMJ Bersama Penyokong: Mario Gomez, Kelayakan ACL & Presiden FAM

Sesi TMJ bersama penyokong baru-baru ini menyaksikan beberapa topik dibincangkan.

Antara yang menarik perhatian kami adalah mengenai pemergian Mario Gomez, peluang JDT di kelayakan ACL dan juga menjelang presiden FAM.

Mario Gomez

Dalam pertemuannya bersama penyokong TMJ, ada mengulas mengenai pemergian jurulatih kesayangan penyokong JDT – Mario Gomez.

Baginda menjelas pemergian beliau adalah kerana Gomez ada melakukan beberapa tindakan yang tidak gemari baginda.

Menurut TMJ, JDT telah menerapkan falsafah pada DNA kelab sejak 2014 namun ia tidak diikuti oleh Gomez.

Oleh itu, TMJ tidak mahu berdiam diri dab terpaksa menyingkirkan Gomez. Keputusan untuk menyingkirkan Gomez tidak mudah kerana beliau telah berikan keputusan yang baik kepada JDT.

Tetapi kerana beberapa aktiviti perpindahan yang tidak dipersetujui oleh TMJ, maka baginda terpaksa menyingkir beliau.

Ia juga didorong dengan pemergian Jorge Diaz dan juga Juan Martin Lucero serta keputusan JDT untuk mengurangkan kos dan mendapatkan kembali wang yang mereka telah laburkan sejak 3 tahun lalu.

Kelayakan ACL

Sesi TMJ bersama penyokong juga menyaksikan baginda bercakap mengenai peluang JDT di ACL.

Baginda memberitahu TMJ tak letak peluang tinggi dalam saingan ini dan sedar standard bola sepak Thailand dan Malaysia masih lagi berbeza.

Namun begitu, ia merupakan platform terbaik bagi pemain JDT memperoleh pemgalaman bermain di pentas tertinggi.

TMJ juga menegaskan JDT merupakan satu-satunya pasukan negara yang beraksi di kelayakan ACL 3 tahun berturut-turut.

Pemilihan Presiden FAM

TMJ turut memberikan pandangan beliau mengenai pencalonan baginda sebagai presiden FAM.

Baginda memberikan jawapan sekiranya baginda terpilih, TMJ mahu FAM bebas dari campur tangan kerajaan.

Baginda tidak mahu bola sepak Malaysia digantung oleh FIFA seperti bola sepak Indonesia kerana campur tangan kerajaan.

TMJ juga tidak mahu ahli jawatan kuasa FAM menggunakan jawatan di FAM sebagai batu loncatan dalam karier politik mereka.

TMJ juga ada membidas calon presiden FAM yang cuma menggunakan jawatan di FAM untuk karier politik mereka.

Tegas TMJ, bola sepak adalah sukan milik rakyat. Sambil itu TMJ juga mencadangkan agar perlembagaan FAM diubah.

Ia diubah agar rakyat mempunyai kuasa untuk melantik presiden FAM. Dan bukannya hanya terhad kepada badan gabungan sahaja.

Baca juga: Konsep Dan Risiko Hantaran Sayap Ke Sayap Dalam Futsal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN